Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Thursday, November 10, 2011

KERIANGAN AIDIL ADHA 2011

Assalamualaikum..

Kepulanganku 

Hari raya tahun ini merupakan hari yang bersejarah buat diriku kerana terpaksa bersusah payah untuk aku pulang ke kampung halaman. Perjalanan yang mengambil masa 15 jam dari UTP hingga ke Terengganu merupakan sejarah perjalanan yang paling panjang dalam hidupku. Cuba bayangkan, perjalanan yang hanya 10 jam menjadi 15 jam belum ditambah dengan waktu tidur di R&R Genting Sempah lagi. Kalau ditambah masa yang diambil kira-kira dalam 20 jam. Selepas bemalam di sana trafik masih dalam keadaan yang sama.



         Tapi, aku tahu setiap manusia memerlukan pengorbanan untuk mendapat sesuatu yang baik, contohnya kejayaan, kesihatan, kebahagian semuanya perlukan pengorbanan. Dalam perjalanan yang panjang itu tedetik di fikiranku tentang kisah Nabi Ibrahim a.s dan Anaknya Nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim a.s merupakan Nabi yang banyak sekali ditimpa ujian dan cubaan dari Allah s.w.t dan menuntut pengorban yang begitu besar. Kisah ini tercatat dalam Kitab Suci Al Quran dalam surah As-Saffat ayat (102 hingga 107) yang mengisahkan pengorbanan kedua-dua Rasul itu. Banyak pengajaran yang diperoleh dari kisah ini;
  1. Mematuhi suruhan Allah dan menerimanya dengan redha.
  2. Nabi Ismail merupakan contoh teladan yang baik untuk pemuda.
  3. Allah menunjukkan jalan keluar bagi orang yang taat perintah Allah.
  4. Ujian Allah keatas orang yang beriman.
Dihari Raya

            Selepas solat Hari Raya Aidil Adha, Seekor lembu berjaya ditumbangkan dirumah saudaraku dan aku diminta untuk membantu menarik tali(tu je yang mampu aku lakukan). Selepas itu, aku menyediakan api untuk masakan Sup Gearbox dan gulai kawah.Selesai semuanya selepas menjamu selera di waktu tengah hari. 

Gambar hari raya ini sempat juga aku ambil walaupun dalam kesibukan(tak ada la sibuk sangat).



Gambar Bukti:

Sambil bergembira, sama-samalah kita menghayati kisah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi ismail dalam mencari keredhaan Allah.

wallahualam
pelangigarden


surah As-Saffat (37;102-107)

102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." 

103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). 

104. Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim.

105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itusesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. 

106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Friday, October 28, 2011

USANG SUNGGUH BLOG KU INI

Assalamualaikum..

Dalam kehidupan yang begitu banyak halangan, rintangan dan cabaran dunia menyebabkan susah untuk update blog. betul ke statement ni.? kalau hendak diikutkan internet hanya dijari. Tapi, diri sendiri yang menghalanginya, dalam konsep sains sekolah rendah yang selalu kita guna pakai sampai sekarang, semakin meningkat usia, semakin malas seseorang itu(tapi bukan semua). Sedar tak sedar hampir 1/2 tahun blog tidak diusik. 

   Alhamdullilah, Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi ruang dan peluang untuk aku menekan keyboard laptop kesayanganku walaupun bersembang kedai kopi, InsyaAllah memberi sedikit pengetahuan yang bermanfaat unutk semua kawan-kawan yang sudi untuk menjenguk blog ini. Mudahan Allah menganugerahkan keikhlasan kepadaKu untuk melakukan amal kebaikan dalam hidup ini.




Jadi,untuk sama-sama kita bermuhasabah pada hari ini dengan kita memperbaharui niat kita pada setiap masa dalam apa jua keaadaan supaya semua kebaikan yang kita lakukan akan diterima Allah swt dan menganugerahkan tempat yang terbaik untuk kita pada akhir hidup kita nanti. Walaupun orang disekitar  mempertikai keikhlasan terhadap perbuatan yang dilakukan, percayalah bahawa Allah yang mengetahui tahap keikhlasan seseorang kerana ikhlas ini adalah salah satu daripada amalan hati dan perkara yang dilalkukan hanyalah untuk Allah semata-mata tanpa diiringi dengan keinginan nafsu, kedudukan, harta, pangkat dan perkara yang seumpamnya.

Apakah aku ikhlas? perkara yang selalu terpaku di benak fikiran.kita selalu tertanya-tanya akan keikhlasan ini. Sama-sama kita lihat dan faham bagaimana ikhlas itu:

1) Melakukan sesuatu hanya untuk Allah, bukan pada pandangan makhluk.
2) Tidak menghitung pahala amalannya.
3) Melihat amal yang dilakukan adalah dengan taufiq daripada Allah.

Ikhlas dapat melahirkan banyak kebaikan kepada individu. Mengapa perlu ikhlas?


1) Mendapat ketenangan jiwa kerana amal yang dilakukan hanya kepada Allah.
2) Mendapat kekuatan rohani.
3) Kerja yang berkesinambungan(istiqomah).

Kesimpulannya, keikhlasan adalah sangat penting kerana dengan ikhlas sahaja amal kita diterima Allah. jado marilah kita sam-sama berusaha menjadi insan yang Ikhlas yang cenderung untuk melakukan perkara dengan hati yang tulus. Jadi, lakukan perkara dengan Ikhlas, memberi dengan ikhlas, beribadat dengan ikhlas, senyum juga harus ikhlas. Ikhlas, Ikhlas, Ikhlas.....

Dalil yang berkaitan tentang keikhlasan:

  • Hadith Arbain no 1
  • (QS Al Baqarah 2:264-266)
  • (QS Al Bayyinah 98:5)


wallahualam


pelangigarden





Monday, May 16, 2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini teringin aku menulis berkaitan dengan hari guru yang mungkin mengingatkan aku kisah-kisah silam bersama kawan-kawan di Sekolah rendah dan sekolah menengah. Pengalaman mengajarkanku erti kehidupan dan pengalaman dapat membantu aku supaya hidup dengan lebih teliti.

Walaupun aku sudah menjangkau umur dewasa tapi kenangan aku bersama Guru-Guru di sekolah tidak pernah hanyut dari pemikiran. Malah pada hari ini dapat mengingatkan lagi aku betapa besarnya pengorbanan yang Guru sumbangkan untuk pelajar-pelajarnya walaupun tepaksa berpenat lelah dan melalui onak duri untuk mendidik muridmu ini. 

Aku tidak pernah melihat keletihan pada muka guru-guru yang mengajar aku walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak akan dapat apa-apa jika mereka mengajar dengan bersungguh-sungguh. Tapi, kejayaan yang dicapai oleh pelajarnya menghilangkan segala penat dan lelah yang dilalui sepanjang penderitaan dalam mendidik kami. Tapi, jika kami gagal sekalipun tidak akan dapat mematahkan semangat guru untuk mendidik pelajarnya. Begitulah kehebatan anugerah Allah kepada guru. 

Lima tahun telah berlalu selepas aku menamatkan tingkatan lima, mengukir seribu kenangan yang tak mampu aku lupakan. 
Wahai guru, terimalah sedikit nurkilan puisi dari hatiku ini;

Ya Allah,
Aku bersyukur kepadamu,
Aku bersyukur kerana di kurniakan guru yang baik bagiku,
Aku bersyukur kerana mempunyai guru yang menunjukkan teladan yang berguna dalam hidupku.

Guru,
Engkau sabar dalam mendidikku,
Engkau sabar melayani telatah muridmu,
Engkau amanah dalam tanggungjawabmu,
Engkau korbankan sepenuh jiwa dan ragamu.

Wahai guruku,
Hari ini aku memohon ampun darimu,
Diri ini telah banyak menyakitimu,
Hati ini tidak pernah menghiraukan penderitaanmu,
Diri ini tidak mendengar nasihatmu.

Tapi,
Kini aku sedar nasihatmu amat berguna buatku,
Akan ku simpan nasihatmu itu,
Menjadi pedoman dalam hidupku.



wallahualam
pelangigarden

Monday, April 25, 2011

CAMERON HIGHLAND DESTINASIKU

Assalamualaikum..



Alhamdullah untuk tahun 2011 dapat juga aku menjejakkan kaki di Tanah Tinggi Cameron Highland buat kali ketiga sepanjang hidupku yang dianjurkan oleh PEMBINA UTP, suasana yang agak suram kerana kesejukkan disana menyebabkan kami kurang berkata malah lebihkan pergerakan kesana sini untuk menghilangkan rasa sejuk.

Perjalanan ke Destinasi

Mengambil masa dua jam lebih untuk tiba di cameron highland dari UTP,kereta dipandu perlahan kerana laluan ke sana yang berliku-liku seperti ular dipalu. Kami tiba di surau berdekatan untuk bersolat duha sebelum kami meneruskan aktiviti jalan-jalan sambil menikmati keindahan alam.

Pengarah Program 
Kemudian diteruskan dengan aktiviti taaruf untuk menambahkan lagi pengetahuan terhadap sahabat yang mungkin masih belum mengenali dengan begitu erat. Kami dikehendaki menceritakan perkara yang disukai dan perkara yang tidak disukai kepada semua sahabat secara jujur.

Taman lebah, bizz..

Taman lebah adalah destinasi kedua. Disini kami dapat mellihat banyak sarang-sarang lebah yang dibina khas untuk lebah."dapat tengok sarang berbentuk rumah kecil je, lebahnya tak kelihatan..". Tapi kami berpeluang melihat beberapa lebah gergasi disitu." kalau nak tengok lebah gergasi pergilah kesana".  notis: "kat dalam air tu tak ada lebah".

kehebatan merakam video ikan
Selepas makan tengah hari dan melakukan sedikit video lakonan apabila ditugaskan untuk menyiapkan satu klip video untuk setiap kereta dan kami berganjak ke Taman Bunga yang berdekatan dengan dengan kawasan Tanah Rata disana. 

macam kt overseas
Gambar ini diambil ketika permulaan perjalanan kami setelah makan tengah hari di Tanah Rata. Gambar kenang kenangan kerana semua ada dalam gambar ini, mungkin suatu hari nanti kami dapat mengingatkan kembali kenangan kami di sini. Tempat yang berbeza, suasana yang berbeza dan juga cuaca berbeza InsyAllah dapat memberkas lagi kenangan kami disini.
 
keceriaan 
Semua begitu ceria dengan keaadaan yang sejuk dan teringat aku ketika zaman sekolah menengah tingkatan satu, aku memang teringin untuk pergi ke kawasan-kawasan yang sejuk di Malaysia ni seperti Genting Highland dan Cameron Highland, akhirnya Alhmdullilah aku dapat menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang aku idamkan semenjak dahulu lagi. 
sahabat serumah?
Aktiviti taddabur( memerhati, menkaji dan menyelidik) Alam disampaikan oleh seorang sahabat yang menyentuh jiwa dengan ayat-ayat Al quran yang menterjemahkan alam raya ciptaan Allah. 

Taddabur Alam

Sesi muhasabah
Diantara aktiviti yang aku minati adalah aktiviti tadabbur alam kerana aktiviti ini dapat mengingatkan aku tentang kebesaran dan kekuasaan, dan dapat juga aku mengetahui bahawa diri ini yang kerdil tidak akan mampu menandingi kehebatan pencipta yang maha indah dan maha kaya. Aktiviti ini juga dapat memberi kesedaran kepada kita semua bahawa Allah menciptakan alam raya yang sungguh indah untuk kita melihat dan memahami betapa besarnya kekuasaan Allah dari sini kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Allah berfirman dalam surah Al Hajj ayat yang ke 101:

Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. 

sesi termenung
"Apa yang hendak demenungkan lagi tu.. jom pegi ambil gambar? soalku"
"tak tahu plak ada sesi termenung dalam jadual yang kita buat..?tambahku lagi"

kalu backgound grafiti baru sesuai bro..
Pasar Berinchang

Apabila tiba di sini semestinya kita akan terbayangkan strawberry yang cantik sedap dimakan. Tambahan apabila ianya disaluti dengan hot choclate. Tapi, berbeza dengan aku kerana kurang berminat untuk  makan strawberry sekadar dibawa pulang sebagai buah tangan untuk kawan serumah, jadi saya memilih jagung bakar yang sesuai dengan keadaan disana dapat menghangatkan badan yang dah semakin membeku.

sedapnyer!!
Jagung yang sedap ini berharga RM4 selepas dibakar atau direbus, ada yang mengatakan jagung ni sedap dimakan begitu sahaja tanpa dimasak. Cubalah?

"banyak betul barang yang nak di beli pantang tengok pasar"
"yelah, orang janji kumpul pukul 5.45pm,skarn ni diorang tak muncul-muncul lagi"

Terjalinnya ukhwah

Dalam perjalanan kami lebih mengenali antara satu sama lain melaui perasaan, percakapan dan juga perbuatan, kita dapat mengenali seseorang itu dengan lebih apabila kita makan bersama, tidur bersama, dan Bermusaffir Bersama. 



“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, 

kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya

 menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


wallahualam
pelangigarden

Wednesday, March 30, 2011

AIR TERJUN SUNGAI IKAN CHILING

Assalamualaikum..

Perjalanan yang panjang merempuh hutan belantara di Chiling terubat setelah menjumpai air terjun disana yang cukup indah sehingga aku dapat merasakan deruman air yang kuat dari bawah-kelihatan semua tidak sabar untuk tiba disana. Kicauan  burung menghangatkan lagi keadaan suram dalam perjalanan menuju destinasi.



Cuti hujung minggu
Waktu cuti diluangkan bersama rakan-rakan yang praktikal di Shah Alam untuk merapatkan silaturahim kerana setelah beberapa bulan tiada berita kedengaran dari mereka. Setibanya di Shah Alam aku diajak untuk bermain futsal bersama sehingga pukul 3 pagi.

"huh, first time ni aku tidur lambat semenjak intern".mai.(complain)
"rileks r mai, x remaja r mu ni"
Jadi, aku mengambil keputusan untuk tidur selepas subuh untuk mengelakkan subuh menjadi Gajah/dinosour.

Perjalanan ke destinasi
Kami mengambil masa dua jam dari Shah Alam dan memakan masa satu jam untuk sampai ketempat tersebut, pendakian yang cukup mencabar sehingga salah seorang dari rakan kami terjatuh hampir tersusuk dengan tunggul kayu ke badannya. Alhamdullilah kerana kami dapat meneruskan perjalanan di hingga ke puncak.

Bekalan makanan terpaksa dibeli dari pekan Kuala Kubu Baru(KKB) yang berdekatan kerana hutan tersebut dijaga supaya tidak tercemar dengan BBQ dan sebagainya.

Tiba ke Destinasi

air terjun yang sangat indah

Apabila tiba ke destinasi masing-masing sudah lupa akan barang-barang yang dibawa hanya tinggal disitu di suatu sudut terus meluncur ke arah air terjun. Sebelum mandi sedikit kekacauan berlaku kerana memilih waktu untuk makan.

"jom makan lu wei..?"
"mandi dulu la baru best makan time lapar".balas yng lain
Akhirnya mengalah dan kami makan selepas mandi.
free style


Anak itik pulang petang
Akhirnya kami dapat merasa air yang sejuk sehigga tepaksa membuat aksi-aksi untuk menghilangkan kesejukan.
katak pisang

??

menari sambil terjun

??
Selepas itu kami pulang dengan hati yang tidak tenang pada mulanya kerana cuaca yang tidak mengizinkan kami untuk terus berada disitu walaupun kami berat untuk pulang kerana masa yang diambil untuk sampai kesana lebih lama daripada berada disana.
budak kelantan

Melihat daripada keindahan yang ada disana dapat kami dapat mentadabbur Alam yang indah semua daripada Allah s.w.t semuanya. Ciptaannya yang sentiasa berzikir kepadaNya terasa kekurangan pada diri ini yang kurang mengingati Allah dalam banyak keadaan yang melalaikan...

BERJALAN, BERMUSAFIRlah, MELIHAT KEBESARAN TUHAN YANG DICIPTAKAN UNTUK MEREKA YANG BERFIKIR
(MIRWANA-HIKMAH KEMBARA)
wallahualam
pelangigarden

Monday, March 28, 2011

TARBIYAH?


Tarbiyah,
Pada mulanya diriku ini tiada harga,
Dek kerana tidak melihat erti hidup sebenarnya,
Diriku dipanggil; diziarahi bagai sempurna,
Diriku tidak mengerti apakah itu tarbiyah,

Tarbiyah,
Ada kalanya manis, ada kalanya lelah,
Banyak dugaan, pengorbanan  yang digubah,
Walaupun driku tidak bersedia, tetap digagah,
Kerana mula mengerti pengorbanan tarbiyah,

Dakwah,
Diriku mula mengorak langkah,
Kerana dipacu semangat muda keringat dan darah,
Daku mula merasakan imarah,
kerana pengorbanan dituntut serah.

Majulah dakwah dan tarbiyah,
Walau pengorbanan tidak mengenal arah,
Jangan kita mengalah,
Jika kita jatuh,  bangkitlah,
Jika kita goyah, bersamalah,
Kerana dakwah perlu, tanpa mengira tanah..

Nurkilan seorang Ikhwah UTP

Sunday, March 13, 2011

PERGANTUNGAN HARAPAN

Assalamualaikum..

Tanpa kusedari 2 bulan telah berlalu, Alhamdullilah masih diberi kekuatan untuk menaip di laptop yang sudah menunjukkan ciri-ciri 'hang'nya. Maka, dapat juga saya melanjutkan penulisan untuk sahabat-sahabat semua.

InsyaAllah saya menggunakan kesempatan yang ada ini untuk saya berkongsi sedikit tentang perkara yang selalu kita ketahui, akan tetapi, adakah kita mengamalkan perkara tersebut dalam kehidupan seharian kita. Sebagai pelajar universiti atau pelajar sekolah selalu mengingatkan rakan-rakan supaya bertawakkal selepas mengambil ujian atau peperiksaan. Begitu juga dengan orang yang sudah bekerja sering mengingatkan agar selalu bertawakkal selepas penat bekerja. 

Apakah disebalik maksud tawakkal itu sendiri? jadi,  kita mesti faham dan jelas tentang perkara ini agar kita dapat mengamalkannya dengan betul dalam kehidupan seharian kita. Orang di Malaysia apabila pergi ke Mekah dan kemana sahaja sangat suka untuk membeli ayat seribu dinar untuk diletakkan di dinding rumah.


Oleh itu, kita mesti memahami konsep tawakkal yang sebenarnya?. 

Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tawakkal ibarat keyakinan hati kepada Allah yang satu. 

Imam Ahmad menyebut tawakkal adalah amalan hati, bukan dengan perkataan dan bukan dari anggota badan dan bukan melalui pemikiran.

Seterusnya, tawakkal hanyalah milik Allah dan kita tidak boleh menafikan asbab bertawakkal,  kerana sebagai manusia kita mesti berusaha, beramal dan berikhtiar ditambah dengan doa. Allah berfirman dalam Al Quran sekurang-kurangnya 70 kali tentang tawakkal.


Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. [Ali Imran:159]


Apabila kita sudah faham tentang konsep tawakkal kita mesti mengetahui bagaimana jalan untuk menuju tawakkal ini.
1) Mengesakan Allah Taala.
2) Menyakini Allah taala.
3) percayakan Allah Taala
4) percaya dengan Iradah Allah Taala. 
5) percaya dengan qiradah Allah Taala.

Jalan-jalan menuju tawakkal Allah ini menunjukkan kita mesti yakin 100 peratus terhadap Allah. Contohnya, apabila kita berdoa, kita mesti yakin dengan doa kita terhadap Allah. Jika kita ragu-ragu dengan doa kita bagaimana Alla ingin mengabulkan doa kita dan lagi menyedihkan jika kita masih lagi meminta diskaun dengan Allah contohnya.

"Ya Allah berilah aku keputusan semua A dalam peperksaan, jika tidak dapat semua A pun, dapat semua B pun da ok"

"Ya Allah berilah aku kereta ferrari, kalau tidak dapat pun, kalau dapat kereta toyota pun dah ok"

Jadi kita boleh nampak adakah kita betul-betul yakin dengan Allah?

jika kita berdoa bersungguh-sungguh ditambah dengan usaha yang bersungguh-sungguh InsyaAllah, Allah akan tunaikan permintaan kita pada masa ini ataupun ditangguhkan ketika diakhirat sana.


Banyak faedah yang diperoleh apabila kita bertawakkal kepada Allah antaranya:
1) Hati kita akan lebih tenang dan seimbang jika apa jua rintanngan dan mudah untuk menghadapi cabaran menimpa diri     kita.
2) Kita tidak akan tergesa-gesa/tergopoh-gapah dalam tindakan dan dapat membuat keputusan dengan betul.

Mudahan kita dapat beramal dengan konsep tawakal yang betul.


Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya.[Al Furqaan:58]

walllahualam

pelangigarden

Monday, January 3, 2011

KEPAHITAN TAHUN 2010

Assalamualaikum..




Dalam saat-saat menunggu tahun 2011, aku berfikir tentang pengalaman yang dilalui pada tahun 2010. Lantas aku berfikir semakin mendalam tentang umurku yang semakin hari semakin bertambah, lanjutan daripada itu aku teruskan lagi menghyutkaan diriku dalam kenangan yang dilalui dalam tahun 2010.

harap semua sihat ye..

InsyaAllah marilah kita sama-sama mengenangkan kembali masa yang kita lalui pada tahun lepas yang mungkin membawa banyak kesimpulan yang boleh kita buat dan kita analisis dengan bijaksana.

Saya tahu ramai diantara kita mengalami pengalaman yang berbeza yang mungkin ianya suatu kenangan yang manis dan mungkin kenangan itu tidak seberapa manis.

Maka, terpulang kepada diri kita sama ada ingin mengalisis pengalaman tersebut dari sudut yang baik(positif) ataupun dari sudut yang tidak baik(negatif).

****

Kepahitan tahun 2010 mengambarkan satu kisah pahit ketika tahun 2010 yang dialami oleh seorang pemuda (Dun) yang rendah diri dan merupakan anak kedua dari beberapa orang adik beradik. Dun adalah lepasan mahasiswa UITM di Malaysia. Keadaan kesihatan Dun yang tidak beberapa baik kerana mengalami sakit dalaman yang menyebabkan selalu batuk dan cepat penat. 

Setelah habis belajar di IPT tersebut beliau ingin menyambung pembelajaran ke peringkat Ijazah di universiti itu, malangnya kelulusan "pointer" beliau tidak begitu memuaskan. Namun dengan kelulusan tersebut beliau masih lagi layak untuk menyambung pembelajarannya.
Perasan gembira dalam hati Dun kerana beliau mendapat tahu bahawa beliau masih lagi mampu untuk menyambung pembelajarannya terpaksa dibatalkan kerana urusan kewangannya dan keluarganya yang tidak mampu untuk menanggung pembelajarannya selama 3 tahun.

Jadi Dun terpaksa membatalkan hajatnya unutk menyambung pembelajaran dan hanya memohon kerja di Seven Eleven yang berhampiran dengan rumahnya.

"Hmm, Macamana Dun kerja dekat Seven E? ok ke?" tanya Zal.

"Ok je, tak ada masalah pun" menyimpan perasaanya."

"Aku kesian tengok ko ni dari malam keje sampai pagi" ko tu dah la tak sihat". Zal membalas.

"Aku sihat lagi ni, ko tengok aku masih boleh berjalan. nak berlari pun boleh".Dun menyimpan perasaanya terhadap kawan-kawanya kerana tidak mahu melihat kewannya risau terhadap kesihatan dirinya.

Dun  teruskan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membayar hutangnya dengan kawan-kawan satu universitinya yang banyak kerana perbelanjaannnya begitu tinggi di Universiti.

Setelah dua bulan bekerja Dun mengalami sakit yang agak teruk dan dimasukkan kedalam hospital. Kawan-kawannya menziarahinya di Hospital. Kawan-kawannya memaksa beliau untuk mencritakan masalah yang dihadapinya. Akhinya beliau dengan rasa bersalah menceritakan masalahnya yang memerlukan duit untuk membayar hutang kawan-kawannya di universiti. kerana beliau menggunakan duit tersebut untuk membayar kos ubatan dan kos hidupnya semasa di universiti.

Akhirnya kawan-kawannya saling mengeluarkan duit sekadar yang mampu untuk menolong Dun dan kawan Dun juga tidak putus-putus untuk meolong Dun untuk mendapatkan kerja.

Setelah beberapa bulan Dun  berjaya mendapatkan kerja di Selangor.

****

Begitulah kisah hidup seorang pemuda(Dun) yang mungkin kita rasa pengalaman sukar hidupnya itu dapat kita sedari bahawa kehidupan kita yang senang dan mewah.

Jadi, kesempatan yang ada ini marilah kita sedari pengalaman yang pahit untuk ditelan itu merupakan ujian daripada pencipta kepada hambanya. Bukan sahaja pengalaman pahit, bahkan pengalaman manis juga merupaka ujian dari Allah.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang bijak pandai haruslah tahu bagaimana untuk muhasabah atas segala yang Allah berikan kepada kita dengan berlandaskan syariatnya.


"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui(QS Az Zumar 39 :49)."

wallahualam

pelangigarden

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...