Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Thursday, November 10, 2011

KERIANGAN AIDIL ADHA 2011

Assalamualaikum..

Kepulanganku 

Hari raya tahun ini merupakan hari yang bersejarah buat diriku kerana terpaksa bersusah payah untuk aku pulang ke kampung halaman. Perjalanan yang mengambil masa 15 jam dari UTP hingga ke Terengganu merupakan sejarah perjalanan yang paling panjang dalam hidupku. Cuba bayangkan, perjalanan yang hanya 10 jam menjadi 15 jam belum ditambah dengan waktu tidur di R&R Genting Sempah lagi. Kalau ditambah masa yang diambil kira-kira dalam 20 jam. Selepas bemalam di sana trafik masih dalam keadaan yang sama.



         Tapi, aku tahu setiap manusia memerlukan pengorbanan untuk mendapat sesuatu yang baik, contohnya kejayaan, kesihatan, kebahagian semuanya perlukan pengorbanan. Dalam perjalanan yang panjang itu tedetik di fikiranku tentang kisah Nabi Ibrahim a.s dan Anaknya Nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim a.s merupakan Nabi yang banyak sekali ditimpa ujian dan cubaan dari Allah s.w.t dan menuntut pengorban yang begitu besar. Kisah ini tercatat dalam Kitab Suci Al Quran dalam surah As-Saffat ayat (102 hingga 107) yang mengisahkan pengorbanan kedua-dua Rasul itu. Banyak pengajaran yang diperoleh dari kisah ini;
  1. Mematuhi suruhan Allah dan menerimanya dengan redha.
  2. Nabi Ismail merupakan contoh teladan yang baik untuk pemuda.
  3. Allah menunjukkan jalan keluar bagi orang yang taat perintah Allah.
  4. Ujian Allah keatas orang yang beriman.
Dihari Raya

            Selepas solat Hari Raya Aidil Adha, Seekor lembu berjaya ditumbangkan dirumah saudaraku dan aku diminta untuk membantu menarik tali(tu je yang mampu aku lakukan). Selepas itu, aku menyediakan api untuk masakan Sup Gearbox dan gulai kawah.Selesai semuanya selepas menjamu selera di waktu tengah hari. 

Gambar hari raya ini sempat juga aku ambil walaupun dalam kesibukan(tak ada la sibuk sangat).



Gambar Bukti:

Sambil bergembira, sama-samalah kita menghayati kisah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi ismail dalam mencari keredhaan Allah.

wallahualam
pelangigarden


surah As-Saffat (37;102-107)

102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." 

103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). 

104. Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim.

105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itusesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. 

106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...