Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Monday, July 23, 2012

RAHSIA RAMADHAN

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk sama-sama berjumpa di bulan yang mulia yang amat ditunggu-tunggu setiap tahun. "Ramadhan kareem" selalu didengari dari setiap sudut sebelum menyambut bulan Ramadhan melambangkan kegembiraan tibanya bulan yang penuh dengan barakah.

Kita didedahkan dengan berpuasa sejak dari kecil lagi dan kenangan ini mengamit memori silam yang begitu indah dengan solat tarawih, suasana berbuka, bangun sahur yang dikejutkan dan banyak lagi kenangan ketika itu. Perasaan Rindu kian bertambah apabila meningkat ke usia dewasa yang kurang mendapat perhatian tentang berpuasa kerana atas tanggungjwab sendiri. Kalau dulu, jika berpuasa satu hari dapat duit seringgit terus dengan bersungguh-sungguh mencukupkan puasa sebulan untuk mendapat duit lebih. Rindu rasanya ingin kembali kezaman kanak-kanak.



Jika kita tinjau kembali sejarah Islam, ketika zaman sahabat begitu bersungguh-sungguh ingin menyambut Ramadhan dan menangis apabila hampir berakhirnya Ramadhan.

Rahsia Ramadhan
Mari kita sama-sama lihat bagaimana Rahsia yang tersimpan dalam bulan Ramadhan yang ditulis oleh Dr Yusuf Qardhawi dalam kitab Al Ibadah Fil Islam yang membantu semua untuk merasakan kenikmatan dalam beribadah.

1. Menguatkan Jiwa.

Sebelum ramadhan syaitan bersama-sama nafsu untuk mengoda diri manusia supaya menjauhi perintah Allah dan Rasul. Manusia mudah untuk mengikut hawa nafsu yang sentiasa bergejolak untuk mengikuti keinginannya. Jadi, dengan berpuasa dapat mengekang hawa nafsu dengan berusaha untuk menguasainya.

Berperang dengan hawa nafsu merupakan jihad besar yang dituntut oleh islam. Jika manusia mengalami kekalahan dalam melawan hawa nafsu, malapetaka besar akan berlaku. Ini adalah kerana manusia yang kalah itu mengalihkan pengabdiannya daripada Allah dan cenderung kepada hawa nafsunya.

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?(Al Jaathiyah:23)


Dengan berpuasa manusia akan dapat mengawal nafsunya dengan ini manusia beroleh derajat yang tinggi disisi Allah.

2. Mendidik keinginan kearah kebaikan.

Puasa akan meneraju manusia untuk berbuat kebaikan walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Contohnya, ketika bulan Ramadhan berapa ramai yang mencari masjid/surau atau rumah anak yatim untuk menyedekahkan hartanya, pada bulan Ramadhan juga ramai yang berpusu-pusu untuk kemasjid untuk solat Tarawikh, dan ramai yang sanggup meluangkan masa untuk berikhtikaf di masjid.

Puasa akan menjadikan hati dan rohani semakin ampuh membuatkan seseorang itu tidak lupa diri meskipun mencapai kejayaan ataupun kenikmatan duniawi.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:" Puasa sebagai benteng"(daripada serangan keburukan)

3. Menyihatkan Badan.

Disamping itu, puasa juga dapat menyihatkan tubuh badan dan perkara ini bukan hanya diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w sahaja malah ianya dijelaskan juga oleh doktor atau ahli perubatan.

4. Mengenal nilai Bersyukur.

Pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang diberikan oleh Allah  s.w.t kepada hambanya. Kenikmatan yang Allah berikan ini tidak dapat dikira dan dibalas dengan harta dan wang ringgit, malah kenikmatan terbalas jika kita bersyukur dan tidak mengecilkan kenikmatan yang Allah berikan.

Jadi, kita renungkan betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."(Ibrahim : 7)


5. Merasa Penderitaan Orang Lain.  

Meningkatkan rasa simpati kepada korang yang memerlukan  dan merasa pengalaman jika kita ditakdirkan oleh Allah berada dalam penderitaan. Namun, penderitaan yang dihadapi ini hanyalah beberapa jam, tetapi, penderitaan yang dihadapi orang lain entah bila ianya akan berakhir.

Jadi, kita disarankan untuk menunaikan zakat, bukan hanya untuk mengurangkan beban orang yang tidak berkeupayaan malah ianya dapat membersihkan jiwa daripada sayangkan harta dan kikir.

Penutup

Kelima-lima perkara ini adalah rahsia utama bulan Ramadhan dan mudahan penghayatan bulan ini dapat memberi impak yang kuat dan momentum yang besar supaya ibadah yang dilaksanakan akan berlanjutan hingga 11 bulan mendatang. Di bulan ini juga umat islam dilatih dari sudut fizikal emosi dan mental supaya dapat menghadapi  cabaran selain lapar dan dahaga sahaja malah umat isam harus sabar dan tabah dalam menghadapi nafsu yang tidak henti-henti memujuk dan memperdayakan manusia.



Akhir sekali, bulan ramadhan ini merupakan universiti yang dapat mendidik jiwa umat islam supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya sesungguhnya pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka maka mohonlah agar pintu syurga tidak ditutup. Pintu-pintu neraka ditutup, makan rayulah kepada Rabbmu agar pintu ini tidak akan dibukakan bagimu.

"Jadikan Ramadhan sebagai Universiti 
yang mengajar kuliah-kuliah ibadah, 
tutorial-tutorial Iman,
Asigment-Asignment Takwa, dan Amali Islami,
Semoga memperoleh ijazah dariNya"

wallahualam
pelangigarden.


3 comments:

haryati said...

selamat berpuasa!

Anonymous said...

walaupun sebulan kita berpuasa dalam setahun, namun banyak kelebihan yang kita perolehi :) semoga puasa kita diterima olehNYA..amin... :)

selamat berpuasa :)

naktolong said...

Terima kasih infonya..selamat berpuasa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...