Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Tuesday, September 10, 2013

Sejuta Harapan Lirik

La…la…la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah 
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x

Monday, August 6, 2012

Doa Untukmu



Assalamualaikum

Alhmdulillah pada 8 Ramadhan, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah berjaya mengadakan program 'Kita dan Dia" bersama anak-anak yatim dan orang miskin di Rumah anak yatim Budi Mulia Nurul Huda bertempat di Chemor Perak. Program selama sehari telah memberi impak yang mendalam kepada kami kerana dapat berkongsi perasaan bersama mereka yang memang sporting dari awal hingga akhir program.


Antara aktiviti--aktiviti menarik ketika disana ada bersama solat Rasulullah, dariku untukmu, matlamat impianku dan banyak lagi. Suasana kehidupan mereka disana amat berbeza berbanding kita disini. Walaupun  mereka bukan daripada ayah dan ibu yang sama, tapi kasih sayang yang terbina disana amat menyentuh perasaan. 

Pemain rugby kebangsaan beramah mesra dengan peserta disana, badan tapi hati lembut.:)

Dalam sebuah atsar disebutkan riwayat dari Daud ‘alaihissalam, yang berkata maksudnya : “Bersikaplah kepada anak yatim, seperti seorang bapa yang penyayang.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)


berselera nampak..

Gembira bersama abang dan kakak yang datang

''Adapun kepada anak yatim, maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.''
(Ad-Dhuha: 9).



Doa buat yang tersayang


''Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim.''
(Al-Maa'uun: 1-2)



Pelajar dari RCMP juga turut hadir memeriahkan majlis berbuka puasa disana.

Baru kenal dah rapat macam adik beradik

meminta sign dari Abang yang paling tinggi

Bandingkan dengan gambar bawah, yang mana lebih bercita-cita tinggi?



Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Aku dan orang-orang yang mengasuh/menyantuni anak yatim di syurga seperti ini”, Kemudian baginda  memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya.
(Hadis Riwayat Bukhari)


wallahualam
pelangigarden




Monday, July 23, 2012

RAHSIA RAMADHAN

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk sama-sama berjumpa di bulan yang mulia yang amat ditunggu-tunggu setiap tahun. "Ramadhan kareem" selalu didengari dari setiap sudut sebelum menyambut bulan Ramadhan melambangkan kegembiraan tibanya bulan yang penuh dengan barakah.

Kita didedahkan dengan berpuasa sejak dari kecil lagi dan kenangan ini mengamit memori silam yang begitu indah dengan solat tarawih, suasana berbuka, bangun sahur yang dikejutkan dan banyak lagi kenangan ketika itu. Perasaan Rindu kian bertambah apabila meningkat ke usia dewasa yang kurang mendapat perhatian tentang berpuasa kerana atas tanggungjwab sendiri. Kalau dulu, jika berpuasa satu hari dapat duit seringgit terus dengan bersungguh-sungguh mencukupkan puasa sebulan untuk mendapat duit lebih. Rindu rasanya ingin kembali kezaman kanak-kanak.



Jika kita tinjau kembali sejarah Islam, ketika zaman sahabat begitu bersungguh-sungguh ingin menyambut Ramadhan dan menangis apabila hampir berakhirnya Ramadhan.

Rahsia Ramadhan
Mari kita sama-sama lihat bagaimana Rahsia yang tersimpan dalam bulan Ramadhan yang ditulis oleh Dr Yusuf Qardhawi dalam kitab Al Ibadah Fil Islam yang membantu semua untuk merasakan kenikmatan dalam beribadah.

1. Menguatkan Jiwa.

Sebelum ramadhan syaitan bersama-sama nafsu untuk mengoda diri manusia supaya menjauhi perintah Allah dan Rasul. Manusia mudah untuk mengikut hawa nafsu yang sentiasa bergejolak untuk mengikuti keinginannya. Jadi, dengan berpuasa dapat mengekang hawa nafsu dengan berusaha untuk menguasainya.

Berperang dengan hawa nafsu merupakan jihad besar yang dituntut oleh islam. Jika manusia mengalami kekalahan dalam melawan hawa nafsu, malapetaka besar akan berlaku. Ini adalah kerana manusia yang kalah itu mengalihkan pengabdiannya daripada Allah dan cenderung kepada hawa nafsunya.

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?(Al Jaathiyah:23)


Dengan berpuasa manusia akan dapat mengawal nafsunya dengan ini manusia beroleh derajat yang tinggi disisi Allah.

2. Mendidik keinginan kearah kebaikan.

Puasa akan meneraju manusia untuk berbuat kebaikan walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Contohnya, ketika bulan Ramadhan berapa ramai yang mencari masjid/surau atau rumah anak yatim untuk menyedekahkan hartanya, pada bulan Ramadhan juga ramai yang berpusu-pusu untuk kemasjid untuk solat Tarawikh, dan ramai yang sanggup meluangkan masa untuk berikhtikaf di masjid.

Puasa akan menjadikan hati dan rohani semakin ampuh membuatkan seseorang itu tidak lupa diri meskipun mencapai kejayaan ataupun kenikmatan duniawi.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:" Puasa sebagai benteng"(daripada serangan keburukan)

3. Menyihatkan Badan.

Disamping itu, puasa juga dapat menyihatkan tubuh badan dan perkara ini bukan hanya diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w sahaja malah ianya dijelaskan juga oleh doktor atau ahli perubatan.

4. Mengenal nilai Bersyukur.

Pentingnya puasa bagi mendidik untuk menyedari betapa tingginya nilai kenikmatan yang diberikan oleh Allah  s.w.t kepada hambanya. Kenikmatan yang Allah berikan ini tidak dapat dikira dan dibalas dengan harta dan wang ringgit, malah kenikmatan terbalas jika kita bersyukur dan tidak mengecilkan kenikmatan yang Allah berikan.

Jadi, kita renungkan betapa banyaknya nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."(Ibrahim : 7)


5. Merasa Penderitaan Orang Lain.  

Meningkatkan rasa simpati kepada korang yang memerlukan  dan merasa pengalaman jika kita ditakdirkan oleh Allah berada dalam penderitaan. Namun, penderitaan yang dihadapi ini hanyalah beberapa jam, tetapi, penderitaan yang dihadapi orang lain entah bila ianya akan berakhir.

Jadi, kita disarankan untuk menunaikan zakat, bukan hanya untuk mengurangkan beban orang yang tidak berkeupayaan malah ianya dapat membersihkan jiwa daripada sayangkan harta dan kikir.

Penutup

Kelima-lima perkara ini adalah rahsia utama bulan Ramadhan dan mudahan penghayatan bulan ini dapat memberi impak yang kuat dan momentum yang besar supaya ibadah yang dilaksanakan akan berlanjutan hingga 11 bulan mendatang. Di bulan ini juga umat islam dilatih dari sudut fizikal emosi dan mental supaya dapat menghadapi  cabaran selain lapar dan dahaga sahaja malah umat isam harus sabar dan tabah dalam menghadapi nafsu yang tidak henti-henti memujuk dan memperdayakan manusia.



Akhir sekali, bulan ramadhan ini merupakan universiti yang dapat mendidik jiwa umat islam supaya menjadi lebih baik daripada sebelumnya sesungguhnya pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka maka mohonlah agar pintu syurga tidak ditutup. Pintu-pintu neraka ditutup, makan rayulah kepada Rabbmu agar pintu ini tidak akan dibukakan bagimu.

"Jadikan Ramadhan sebagai Universiti 
yang mengajar kuliah-kuliah ibadah, 
tutorial-tutorial Iman,
Asigment-Asignment Takwa, dan Amali Islami,
Semoga memperoleh ijazah dariNya"

wallahualam
pelangigarden.


Wednesday, July 18, 2012

Hadis 2: ISLAM IMAN EHSAN

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, masa yang diberi ini dapat berkongsi sedikit hadis dua daripada hadith arbain (hadis 40) yang berkaitan dengan Islam, Iman, Ihsan dan tanda-tanda hari kiamat. Hadis ini disusun pada pada kedudukan kedua selepas hadis yang merungkai tentang niat kerana Allah atau sesuatu yang lain. Hadis ini juga merupakan hadis yang terpanjang dalam hadis arbain.

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang  membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“.  Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata:  “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda:  “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian)  berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.
(Riwayat Muslim)


Malaikat menjelma sebagai seorang manusia.

Saidina Umar menerangkan pada awal hadis diatas;  Orang yang datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w adalah luar biasa kerana berpakaian serba putih, janggutnya hitam dan tidak menampakkan sebagai seorang musafir. Kedatangannya bermaksud ingin menyampaikan dan mengajarkan agama kepada Rasul dan umatnya tentang Islam, Iman dan Ihsan dan tanda-tanda hari kiamat.

Pengajaran:
1. Berpakaian kemas dan bersih sentiasa.
2. Cara duduk yang betul yang diajarkan Malaikat didalam majilis ilmu.

Rukun Islam

Rukun islam terdiri daripada lima harus dilaksanakan berlandaskan syariatnya. Islam agama yang diwahyukan oleh Allah menjamin keselamatan dipegang teguh dalam kehidupan dan agama yang satu-satunya diredhai Allah.

"Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam"(Ali Imran :19)

1. Syahadah

Syahadah mengandungi tauhid, iaitu pengakuan Allah itu satu pada zatNya, sifatNYa dan  perbuatanNya yang di firmankan oleh Allah dalam surah Al Anbiya' ayat 25.

 Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya:    "Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku.

    Setelah mengakui Allah sebagai tuhan yang disembah, wajib untuk mengakui bahawa Muhammad itu   adalah Rasulnya.

Katakanlah: "Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk."(Al A'raf:158)

2. Mendirikan Solat

Kewajipan megikut apa yang diperintahkan merupakan tuntutan iman jiwa dan batinya diajarkan oleh Rasul sejak takbirnya, bacaannya, perbuatannya hingga salam dengan perasaan takwa. Orang-orang yang beriman mendirikan solat mendirikan solat mengikut tertib munajat kepada Allah dapat mendidik jiwa, fikiran dan hati kearah kesucian dan membimbing akhlak dan mencegah kemungkaran.

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.(Al Ankabut:45)

Sebagai hamba, seharusnya tidak layak untuk meninggalkan solat kerana ini merupakan perintah oleh Allah yang perlu dilaksakan kerana ianya dapat mendekatkan diri dengan Allah dan banyak faedah yang diperolehinya. Saidina Umar berkata:

"Sesungguhnya dari sepenting-penting urusan kamu disisiku ialah solat. Maka barang siapa yang melaksanakan solat maka ia memelihara agamanya. Dan barang siapa mensia-siakannya, maka ia kepada apa-apa yang selainya lebih lagi mensia-siakanya. Dan tidak ada bahagian dalam Islam bagi mereka meniggalkan solat"

3. Mengeluarkan Zakat

Zakat diwajibkan kepada yang mampu kerana ianya adalah penyucian dan penambahan, dikeluarkan dengan jiwa yang suci menjadikan zakat itu suci. Tujuannya adalah untuk mendidik umat islam menunaikan hak sesama umatnya sentiasa tolong menolong antara satu sama lain supaya dapat meringankan beban orang yang tidak mampu.

Solat dapat mendekatkan diri dengan Allah manakala zakat dapat mendekatkan diri dengan masyarakat. Harta yang kita ada adalah hak milik Allah, bukan kepunyaan manusia secara mutlak dan ditetapkan supaya mengeluarkan kepada orang yang ditentukan.

"Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan."( Al baqarah :110)

4. Berpuasa di bulan Ramadhan.

Puasa bererti mencegah nafsu zahir dan batin dan mengawasi diri daripada melakukan perkara terlarang. Allah mewajibkan puasa seperti umat terdahulu.

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.( Al Baqarah:183)

Untuk mencapai derajat taqwa yang terkandung dalam puasa. Ulamak membahaskan bahawa taqwa yang merupakan sebaik-baik amalan yang dapat memelihara manusia daripada azab api neraka adalah mencegah diri dan jiwa daripada penyakit kerosakan akhlak akibat dari nafsu yang tidak pernah dikawal dan dipelihara. Ukuran seseorang itu bukannya bergantung kepada kepandainya, kekayaanya pangkat dan darjatnya, malah bergantung kepada Taqwa.

Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi mengawal nafsu supaya dapat mendidik peribadi melakukan kebaikan dan meniggalkan larangan Allah.

5. Mengerjakan haji

Haji merupakan ibadah yang dituntut oleh islam kepada sesiapa yang berkemampuan kerana haji bukan merupakan urusan dunia malah ianya merupakan urusan akhirat.

Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim, barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.(Ali Imran:97)

ibadat haji memerlukan pengorbanan dari sudut masa, tenaga dan wang tambahan perlu berpayahan untuk menunaikannya dan dilakukan di tempat tertentu dan pada masa tertentu. Haji juga merupakan muktamar terbesar umat islam setiap tahun dan mengajarkan manusia erti persamaan dan semua manusia pada hakikat dan keadaan yang sama.


Rukun Iman

Iman bererti kepercayaan dengan hati, berikrar dengan lidah, dan mengamalkan dengan angota badan. Orang yang beriman harus disempurnakan dengan amalnya kerana iman adalah atas dasar akidah dan tidak berubah mengikut perubahan zaman.

1. Beriman kepada Allah

Beriman dengan wujudnya Allah yang sempurna sifatNya secara mutlak, pencipta alam ini dan menyusunnya yang wajib disembah dan mengakui kemuliaanNya, kekuasaanNya, dan mematuhi hukum-hukumNya.

Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.(Muhammad:19)

2. Beriman kepada Malaikat

Malaikat dijadikan daripada cahaya tidak berjantina, tidak bernafsu, dan taat kepada Allah.

Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para ma]aikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri. (An-Nahl:49)

3. Beriman kepada Kitab

Kitab diutuskan kepada rasul-rasul terdahulu menjadi manual kehidupan manusia kerana didalam kitab tersebut mengandungi keseluruhan hidup manusia bahkan Al Quran ini tidak ketinggalan zaman dan akan terus kekal hingga hari kiamat. Pembaca Al Quran tidak akan merasa jemu dan maknanya dapat membangkitkan hati dan fikiran untuk terus beramal mendekatkan diri kepada Allah.

Tetapi zaman sekarang berbeza sekali kerana ramai yang membaca Al Quran tapi maknanya tidak meresap kehati dan tidak menginsafi para pembacanya. Sekarang manusia suka bercakap mengikut kemahuan sebelum mengamalkan apa yang di perkatakan. Melihat kembali ketika zaman umat Islam terdahulu yang mementingkan kualiti dengan mengutamakan amal sebelum bersuara.

Jadi, umat Islam harus menjaga Al Quran, membaca dan mengamalkannya menjadi panduan hidup manusia.

Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar.(Al Isra':9)


4. Beriman kepada Rasul

Rasul ditugaskan untuk menyeru sekalian manusia supaya menyembah Allah s.w.t sebagaimana firmanNya.
 Dan (ingatlah) Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah olehmu Allah dan bertakwalah kepada-Nya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (Al Ankbut:16)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah, (karena) sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?"(Al Mukminun:23)

Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Hud. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain dari-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya?"(Al A'raf:65)

Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Mad-yan saudara mereka, Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya.(Al A'raf:85)

Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa,(Al Baqarah:21)
 


5. Beriman kepada hari kemudian

Hari kemudian adalah pasti selepas kematian manusia dan ketika itu amalan mereka dihitung dan diberi balasan setimpal dengan amal yang dilakukan. kehidupan dunia merupakan permainan dan cubaan yang sementara benbanding kehidupan yang kekal abadi di akhirat sana.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui.(Al Ankabut: 64)

Balasan bagi orang yang beriman adalah syurga yang penuh dengan nikmat yang tidak dapat digambarkan didunia ini kerana untuk mencapai nikmat tersebut manusia harus melalui ujian kehidupan didunia ini dengan beramal soleh dan bertaqwa.

Malahan, balasan bagi orang yang kafir adalah neraka yang penuh dengan siksaan yang amat mengerikan sehingga tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran. didalam neraka yang isinya terdiri daripada manusia dan jin. Jadi, seharusnya manusia sentiasa mengingatkan diri tentang siksaan neraka supaya dapat menjauhinya.


6. Beriman kepada takdir baik dan jahat

Beriman dengan takdir baik ataupun jahat samaada yang telah berlalu, sedang berlaku dan akan berlaku adalah tuntutan Iman. Ini bererti mempercayai bahawa Allah mengetahui perjalanan hambanya dan sentiasa mengawasinya. Tambahan pula, segala yang berlaku alam ini adalah dengan izinNya.

Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal." (At Taubah:51)
Setiap manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku kerana ianya urusan Allah. Urusan manusia hanya berffikir, berbuat amal mengikut kehendak Allah dan berikhtiar bukan hanya mengharapkan sesuatu akan terjadi tanpa ikhtiar. Manusia harus sedar bahawa diperintahkan untuk berusaha untuk meraih syurga Allah bukan hanya duduk berdiam diri tanpa usaha.

Ihsan

Ihsan = Menyembah Allah seperti mana engkau dapat melihat akan Dia, jika tidak dapat melihat akan Dia, sesungguhnya Dia melihat akan engkau.

Keperluan untuk sentiasa merasa ehsan:
 1. Dapat melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh dari sudut lahir dan batin.
 2. Merasa bertanggungjawab terhadap ibadah yang dilakukan.
 3. Beribadah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan sama ada di khalayak ramai mahupun sendirian.

Hari Kiamat


Hari dimana ianya pasti datang dan tiada sesiapa mengetahuinya termasuk Rasulullah s.a.w tetapi hanya diketahui oleh Allah sahaja. FirmanNya,

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."(Al A'raf: 187)

 Kesimpulannya, hari kiamat tidak diketahui oleh sesiapapun, nyatalah bahawa seseorang mengira hari kiamat berlaku 50 tahun lagi adalah tidak boleh dipercayai. Tanda-tanda kiamat yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w telah pun ada.

1. Bila hamba  melahirkan tuannya.
2. Orang-orang miskin tidak berkasut dan tidak berpakaian, hidup mereka hanya mengembala kambing , sudah dapat meninggikan binaan dengan segala kemegahannya.

Pengajarannya

1. Agama dari Allah dan pengajaran dari Allah juga dan Ilmu harus dipelajari dan disampaikan.
2. Agama terdiri kepada Islam, Iman dan Ihsan.
3. Tidak ada sesiapapun yang mengetahui kedatangan hari kiamat kecuali Allah.

Sesunggunya mereka yang beriman dan beramal saleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan(nya) dengan yang baik.(Al Kahfi: 30)

wallahualam.

P/S: rujukan: hadith 40, Mustafa Abdul Rahman (Dewan Pustaka Fajar)

pelangigarden


Friday, July 6, 2012

KEMENANGAN ISLAM

Assalamualaikum..

"Islam pasti akan menang walau apa jua yang berlaku!". Kata-kata ini yang saya dan anda selalu dengar diungkapkan oleh ramai orang dan keyakinan terhadap islam akan menang ada disetiap hati orang islam. Kemenangan islam itu pasti!! tapi apakah kita diantara orang yang menyumbang kepada kemenangan islam itu?

Marilah kita menghayati tentang bagaimana kemenangan islam itu boleh berlaku seperti zaman Sultan Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayubi. Benar, kemenangan mereka ini adalah anugerah oleh Allah. akan tetapi, adakah kemenangan ini boleh berlaku tanpa usaha-usaha yang dilakukan untuk mencapai kemenangan ini? Sejarah telah membuktikan bahawa kemenangan mereka adalah usaha meraka yang tidak mengenal penat lelah dan tanpa mengenal erti kelemahan dalam perjuangan.

Seterusnya, syarat-syarat kemenangan islam ini bergantung kepada empat perkara yang penting dan perlu diambil berat seperti yang diungkapkan pada perang Badar didalam surah Al Anfal. 


1. Kesempurnaan Iman.

Iman yang sempurna yang tidak mencampuradukkan antara yang haq dengan yang batil akan mendorong kearah kemenangan islam dan seseorang itu dikatakan berada pada kesempurnaan iman belandaskan kepada tiga perkara utama.

1. Takwa
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam" (Ali Imran:102).

2. Ukhwah atas dasar akidah 

- Saling ingat mengingati antara satu sama lain kerana Allah
- Bertemu dan berpisah kerana Allah

3. Taat kepada Allah dan Rasul

- dikisahkan dalam perang Badar ketika sahabat diminta untuk membuat keputusan, Saad bin Ubaidah (mewakili orang Ansar) membuat keputusan untuk bersama Rasulullah s.a.w berperang. 

2.  Al Mukminun Al Haqqa (Beriman dengan yang Haq)

Beriman dengan bersungguh-sungguh kepada Allah dan rasulNya dan ciri-ciri orang yang beriman dengan bersungguh-sungguh ini dirungkaikan dalam Surah Al Anfal ayat 2 dan 3. 

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal".


"(yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka".

Daripada ayat diatas kita dapat melihat bahawa ciri-ciri orang beriman dengan beersungguh-sungguh itu ialah:
1. Takut
2. Tawakkal
3.  Melaksanakan solat
4. Berinfaq (beersedekah)

3. Berdoa

Doa merupakan senjata bagi setiap orang islam, doa ini bukan sahaja ketika dalam kesusahan malah doa mestilah sentiasa kita lakukan untuk walau dalam apa jua keadaan. 

Ketika perang Badar, Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah sehingga Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata "sesungguhnya Allah bersama dengan kita"

4. Keteguhan (thabat)

Keteguhan para sahabat ketika perang badar ini merupakan salah satu faktor kemenangan kemenangan islam. Meraka mempunyai roh jihad (berjuang) demi mempertahankan Islam.

    Sungguh menyedihkan apabila kita perhatikan bahawa umat islam sekarang sudah hilang semangat dan Roh Jihad dan hanyut dengan arus dunia. Ayuh! sama-sama kita muhasabah dan kembalikan semangat dan roh jihad kedalam hati setiap umat islam.

Bangunlah umat islam sekalian,
Pertahankan maruahmu,
Pertahankan agamamu,
Demi mermartabatkan islam
Sesungguhnya kemenangan islam itu pasti!


 wallahualam
pelangigarden

Tuesday, May 8, 2012

MUJAHADAH

Assalamualaikum

Alhmdulilah dengan izin yang Maha Satu, saya diberi peluang hidup hari ini dan diberi peluang untuk menulis dalam blog yang sudah lama tidak diupdate dan mendapat teguran dari sahabat-sahabat saya.

Mudahan kita dapat menghargai kehidupan hari ini, saat ini dan detik ini  untuk melakukan yang terbaik untuk Allah s.w.t. Kita dapat bangun dan memperjuangkan islam dan membaggakan Muhammad s.a.w dan memohon Allah memberi kekuatan untuk Ikhlas untuk menjadi khalifah yang memperjuangkan Islam untuk meraih syurga diakhirat nanti InsyaAllah.



Merungkai kisah-kisah sahabat

Hari ini dan saat ini juga jom kita sama-sama meerungkai kisah sahabat-sahabat yang dekat dengan Rasullah yang megorbankan hidupnya untuk mempertahankan keyakinannya kepada Allah, maka matinya adalah saksi atas akidah. Pada awal perjuangan Rasulullah s.a.w pelbagai penderitaan yang menimpa para sahabat ketika itu . Tetapi, kepercayaan kepada takdir Allah dengan sifat redha, tabah, dan sabar menyebakkan golongan yang kecil ini masih tidak dapat dipatahkan walaupun apa juga kuasa yang ingin menjatuhkan mereka.

Jelas bahawa kekuatan tauhid dapat mengatasi segala-galanya seperti Bilal bin Rabah masih mengucapkan Ahad, Ahad, ketika diseksa, mengapa? Abu Bakar Assiddiq yang padan mulanya memeluk islam mendapat perlindungan daripada saudaranya yang masih musyrik tetapi kemudiannya meletakkan sepenuh pelindung sebenar hanya Allah s.w.t.

Keimanan yang sebenar

Kisah-kisah lain seperti Saad bin Abi Waqash yang hanya memakan kulit keldai yang dibuang kerana diboikot dan daripada kisah-kisah ini kita perhatikan adakah adakah iman mereka bergoncang walaupun dalam keadaan penyisaan itu? tidak bukan, malah iman mereka bertambah kuat. mereka tidak goyang dan mereka masih boleh bertahan dengan seksaan-seksaan yang diterima dan ini bukanlah perkara biasa tetapi memerlukan iman yang kental dengan tarbiyah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Iman perlu dijaga

Bagi mereka kehidupan didunia ini hanya sementara dan ingatlah pesan Rasulullah s.a.w yang mengajarkan kita tentang satu rangka dalam islam itu adalah ibadat yang terus kepada Allah tanpa sandaran lain. Ibadat vs Maksiat..!!


ibadat merupakan kunci untuk mejaga iman dan tiang segala ibadat ini adalah solat. Dengan khusyuknya solat maka bertambah rasa dekat dengan Khaliq (pencipta), merasa indah dalam ibadah dan merasa dekat dan cinta kepada Allah.

Seruan berjihad

Untuk memenuhi tuntutan ini, kita perlu mengambil berat tentang jihad yang merupakan perkara yang menjadi ketakutan umat zaman ini untuk mengobarkan semagat jihad atau mati syahid.

1. Berusaha memerangi hawa nafsu diri sendiri, dengan membaiki kelemahan dan melengkapi diri sendiri supaya mempunyai pekerti yang luhur dan menjauhkan perangai- perangai yang tercela dengan latihan yang tidak mengenal penat dan lelah. Tambahan melengkapi diri dengan mempelajari agama dengan lebih tekun dan lebih mendalam.

2.   Menyediakan waktu untuk memberi pengajaran, petunjuk, tuntutan dan nasihatsupaya orang akan memahami Al Quran dan Hadis, ilmu Fiqh, disetai sejarah perjuangan Rasul dan pejuang-pejaung islam.

3.   Menentang dan memerangi segala usaha orang kafir, kerana hendak membela agama Allah, dengan membendung usaha musuh untuk meruntuhkan kekuatan Islam. Bersedia berkorban demi meniggikan Kalimat Allah tanpa mengenal penat dan lelah.

4. Mengadakan dakwah sehingga orang ramai kembali kepada kebenaran, dna membawa mereka supaya kembali kepada Allah dan Rasullullah s.a.w.

Cuba kita merenung sejenak memikirkan kembali pentingnya dan besarnya pengaruh aqidah tauhid kepercayaan kepada Allah tambahan megetahui tujuan hidup yang jelas diugkapkan dalam Al Quran surah Azzariya ayat 56;

"tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan ibadah kepadaku"

Moga kita dapat beramal dengannya...

wallaualam

pelangigarden

Thursday, November 10, 2011

KERIANGAN AIDIL ADHA 2011

Assalamualaikum..

Kepulanganku 

Hari raya tahun ini merupakan hari yang bersejarah buat diriku kerana terpaksa bersusah payah untuk aku pulang ke kampung halaman. Perjalanan yang mengambil masa 15 jam dari UTP hingga ke Terengganu merupakan sejarah perjalanan yang paling panjang dalam hidupku. Cuba bayangkan, perjalanan yang hanya 10 jam menjadi 15 jam belum ditambah dengan waktu tidur di R&R Genting Sempah lagi. Kalau ditambah masa yang diambil kira-kira dalam 20 jam. Selepas bemalam di sana trafik masih dalam keadaan yang sama.



         Tapi, aku tahu setiap manusia memerlukan pengorbanan untuk mendapat sesuatu yang baik, contohnya kejayaan, kesihatan, kebahagian semuanya perlukan pengorbanan. Dalam perjalanan yang panjang itu tedetik di fikiranku tentang kisah Nabi Ibrahim a.s dan Anaknya Nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim a.s merupakan Nabi yang banyak sekali ditimpa ujian dan cubaan dari Allah s.w.t dan menuntut pengorban yang begitu besar. Kisah ini tercatat dalam Kitab Suci Al Quran dalam surah As-Saffat ayat (102 hingga 107) yang mengisahkan pengorbanan kedua-dua Rasul itu. Banyak pengajaran yang diperoleh dari kisah ini;
  1. Mematuhi suruhan Allah dan menerimanya dengan redha.
  2. Nabi Ismail merupakan contoh teladan yang baik untuk pemuda.
  3. Allah menunjukkan jalan keluar bagi orang yang taat perintah Allah.
  4. Ujian Allah keatas orang yang beriman.
Dihari Raya

            Selepas solat Hari Raya Aidil Adha, Seekor lembu berjaya ditumbangkan dirumah saudaraku dan aku diminta untuk membantu menarik tali(tu je yang mampu aku lakukan). Selepas itu, aku menyediakan api untuk masakan Sup Gearbox dan gulai kawah.Selesai semuanya selepas menjamu selera di waktu tengah hari. 

Gambar hari raya ini sempat juga aku ambil walaupun dalam kesibukan(tak ada la sibuk sangat).



Gambar Bukti:

Sambil bergembira, sama-samalah kita menghayati kisah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi ismail dalam mencari keredhaan Allah.

wallahualam
pelangigarden


surah As-Saffat (37;102-107)

102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." 

103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). 

104. Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim.

105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itusesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. 

106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...