Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details
Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

KERIANGAN AIDIL ADHA 2011

Assalamualaikum..

Kepulanganku 

Hari raya tahun ini merupakan hari yang bersejarah buat diriku kerana terpaksa bersusah payah untuk aku pulang ke kampung halaman. Perjalanan yang mengambil masa 15 jam dari UTP hingga ke Terengganu merupakan sejarah perjalanan yang paling panjang dalam hidupku. Cuba bayangkan, perjalanan yang hanya 10 jam menjadi 15 jam belum ditambah dengan waktu tidur di R&R Genting Sempah lagi. Kalau ditambah masa yang diambil kira-kira dalam 20 jam. Selepas bemalam di sana trafik masih dalam keadaan yang sama.



         Tapi, aku tahu setiap manusia memerlukan pengorbanan untuk mendapat sesuatu yang baik, contohnya kejayaan, kesihatan, kebahagian semuanya perlukan pengorbanan. Dalam perjalanan yang panjang itu tedetik di fikiranku tentang kisah Nabi Ibrahim a.s dan Anaknya Nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim a.s merupakan Nabi yang banyak sekali ditimpa ujian dan cubaan dari Allah s.w.t dan menuntut pengorban yang begitu besar. Kisah ini tercatat dalam Kitab Suci Al Quran dalam surah As-Saffat ayat (102 hingga 107) yang mengisahkan pengorbanan kedua-dua Rasul itu. Banyak pengajaran yang diperoleh dari kisah ini;
  1. Mematuhi suruhan Allah dan menerimanya dengan redha.
  2. Nabi Ismail merupakan contoh teladan yang baik untuk pemuda.
  3. Allah menunjukkan jalan keluar bagi orang yang taat perintah Allah.
  4. Ujian Allah keatas orang yang beriman.
Dihari Raya

            Selepas solat Hari Raya Aidil Adha, Seekor lembu berjaya ditumbangkan dirumah saudaraku dan aku diminta untuk membantu menarik tali(tu je yang mampu aku lakukan). Selepas itu, aku menyediakan api untuk masakan Sup Gearbox dan gulai kawah.Selesai semuanya selepas menjamu selera di waktu tengah hari. 

Gambar hari raya ini sempat juga aku ambil walaupun dalam kesibukan(tak ada la sibuk sangat).



Gambar Bukti:

Sambil bergembira, sama-samalah kita menghayati kisah pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi ismail dalam mencari keredhaan Allah.

wallahualam
pelangigarden


surah As-Saffat (37;102-107)

102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar." 

103. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). 

104. Dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim.

105. sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu. sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. 

106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Friday, October 28, 2011

USANG SUNGGUH BLOG KU INI

Assalamualaikum..

Dalam kehidupan yang begitu banyak halangan, rintangan dan cabaran dunia menyebabkan susah untuk update blog. betul ke statement ni.? kalau hendak diikutkan internet hanya dijari. Tapi, diri sendiri yang menghalanginya, dalam konsep sains sekolah rendah yang selalu kita guna pakai sampai sekarang, semakin meningkat usia, semakin malas seseorang itu(tapi bukan semua). Sedar tak sedar hampir 1/2 tahun blog tidak diusik. 

   Alhamdullilah, Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi ruang dan peluang untuk aku menekan keyboard laptop kesayanganku walaupun bersembang kedai kopi, InsyaAllah memberi sedikit pengetahuan yang bermanfaat unutk semua kawan-kawan yang sudi untuk menjenguk blog ini. Mudahan Allah menganugerahkan keikhlasan kepadaKu untuk melakukan amal kebaikan dalam hidup ini.




Jadi,untuk sama-sama kita bermuhasabah pada hari ini dengan kita memperbaharui niat kita pada setiap masa dalam apa jua keaadaan supaya semua kebaikan yang kita lakukan akan diterima Allah swt dan menganugerahkan tempat yang terbaik untuk kita pada akhir hidup kita nanti. Walaupun orang disekitar  mempertikai keikhlasan terhadap perbuatan yang dilakukan, percayalah bahawa Allah yang mengetahui tahap keikhlasan seseorang kerana ikhlas ini adalah salah satu daripada amalan hati dan perkara yang dilalkukan hanyalah untuk Allah semata-mata tanpa diiringi dengan keinginan nafsu, kedudukan, harta, pangkat dan perkara yang seumpamnya.

Apakah aku ikhlas? perkara yang selalu terpaku di benak fikiran.kita selalu tertanya-tanya akan keikhlasan ini. Sama-sama kita lihat dan faham bagaimana ikhlas itu:

1) Melakukan sesuatu hanya untuk Allah, bukan pada pandangan makhluk.
2) Tidak menghitung pahala amalannya.
3) Melihat amal yang dilakukan adalah dengan taufiq daripada Allah.

Ikhlas dapat melahirkan banyak kebaikan kepada individu. Mengapa perlu ikhlas?


1) Mendapat ketenangan jiwa kerana amal yang dilakukan hanya kepada Allah.
2) Mendapat kekuatan rohani.
3) Kerja yang berkesinambungan(istiqomah).

Kesimpulannya, keikhlasan adalah sangat penting kerana dengan ikhlas sahaja amal kita diterima Allah. jado marilah kita sam-sama berusaha menjadi insan yang Ikhlas yang cenderung untuk melakukan perkara dengan hati yang tulus. Jadi, lakukan perkara dengan Ikhlas, memberi dengan ikhlas, beribadat dengan ikhlas, senyum juga harus ikhlas. Ikhlas, Ikhlas, Ikhlas.....

Dalil yang berkaitan tentang keikhlasan:

  • Hadith Arbain no 1
  • (QS Al Baqarah 2:264-266)
  • (QS Al Bayyinah 98:5)


wallahualam


pelangigarden





Monday, May 16, 2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini teringin aku menulis berkaitan dengan hari guru yang mungkin mengingatkan aku kisah-kisah silam bersama kawan-kawan di Sekolah rendah dan sekolah menengah. Pengalaman mengajarkanku erti kehidupan dan pengalaman dapat membantu aku supaya hidup dengan lebih teliti.

Walaupun aku sudah menjangkau umur dewasa tapi kenangan aku bersama Guru-Guru di sekolah tidak pernah hanyut dari pemikiran. Malah pada hari ini dapat mengingatkan lagi aku betapa besarnya pengorbanan yang Guru sumbangkan untuk pelajar-pelajarnya walaupun tepaksa berpenat lelah dan melalui onak duri untuk mendidik muridmu ini. 

Aku tidak pernah melihat keletihan pada muka guru-guru yang mengajar aku walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak akan dapat apa-apa jika mereka mengajar dengan bersungguh-sungguh. Tapi, kejayaan yang dicapai oleh pelajarnya menghilangkan segala penat dan lelah yang dilalui sepanjang penderitaan dalam mendidik kami. Tapi, jika kami gagal sekalipun tidak akan dapat mematahkan semangat guru untuk mendidik pelajarnya. Begitulah kehebatan anugerah Allah kepada guru. 

Lima tahun telah berlalu selepas aku menamatkan tingkatan lima, mengukir seribu kenangan yang tak mampu aku lupakan. 
Wahai guru, terimalah sedikit nurkilan puisi dari hatiku ini;

Ya Allah,
Aku bersyukur kepadamu,
Aku bersyukur kerana di kurniakan guru yang baik bagiku,
Aku bersyukur kerana mempunyai guru yang menunjukkan teladan yang berguna dalam hidupku.

Guru,
Engkau sabar dalam mendidikku,
Engkau sabar melayani telatah muridmu,
Engkau amanah dalam tanggungjawabmu,
Engkau korbankan sepenuh jiwa dan ragamu.

Wahai guruku,
Hari ini aku memohon ampun darimu,
Diri ini telah banyak menyakitimu,
Hati ini tidak pernah menghiraukan penderitaanmu,
Diri ini tidak mendengar nasihatmu.

Tapi,
Kini aku sedar nasihatmu amat berguna buatku,
Akan ku simpan nasihatmu itu,
Menjadi pedoman dalam hidupku.



wallahualam
pelangigarden

Monday, April 25, 2011

CAMERON HIGHLAND DESTINASIKU

Assalamualaikum..



Alhamdullah untuk tahun 2011 dapat juga aku menjejakkan kaki di Tanah Tinggi Cameron Highland buat kali ketiga sepanjang hidupku yang dianjurkan oleh PEMBINA UTP, suasana yang agak suram kerana kesejukkan disana menyebabkan kami kurang berkata malah lebihkan pergerakan kesana sini untuk menghilangkan rasa sejuk.

Perjalanan ke Destinasi

Mengambil masa dua jam lebih untuk tiba di cameron highland dari UTP,kereta dipandu perlahan kerana laluan ke sana yang berliku-liku seperti ular dipalu. Kami tiba di surau berdekatan untuk bersolat duha sebelum kami meneruskan aktiviti jalan-jalan sambil menikmati keindahan alam.

Pengarah Program 
Kemudian diteruskan dengan aktiviti taaruf untuk menambahkan lagi pengetahuan terhadap sahabat yang mungkin masih belum mengenali dengan begitu erat. Kami dikehendaki menceritakan perkara yang disukai dan perkara yang tidak disukai kepada semua sahabat secara jujur.

Taman lebah, bizz..

Taman lebah adalah destinasi kedua. Disini kami dapat mellihat banyak sarang-sarang lebah yang dibina khas untuk lebah."dapat tengok sarang berbentuk rumah kecil je, lebahnya tak kelihatan..". Tapi kami berpeluang melihat beberapa lebah gergasi disitu." kalau nak tengok lebah gergasi pergilah kesana".  notis: "kat dalam air tu tak ada lebah".

kehebatan merakam video ikan
Selepas makan tengah hari dan melakukan sedikit video lakonan apabila ditugaskan untuk menyiapkan satu klip video untuk setiap kereta dan kami berganjak ke Taman Bunga yang berdekatan dengan dengan kawasan Tanah Rata disana. 

macam kt overseas
Gambar ini diambil ketika permulaan perjalanan kami setelah makan tengah hari di Tanah Rata. Gambar kenang kenangan kerana semua ada dalam gambar ini, mungkin suatu hari nanti kami dapat mengingatkan kembali kenangan kami di sini. Tempat yang berbeza, suasana yang berbeza dan juga cuaca berbeza InsyAllah dapat memberkas lagi kenangan kami disini.
 
keceriaan 
Semua begitu ceria dengan keaadaan yang sejuk dan teringat aku ketika zaman sekolah menengah tingkatan satu, aku memang teringin untuk pergi ke kawasan-kawasan yang sejuk di Malaysia ni seperti Genting Highland dan Cameron Highland, akhirnya Alhmdullilah aku dapat menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang aku idamkan semenjak dahulu lagi. 
sahabat serumah?
Aktiviti taddabur( memerhati, menkaji dan menyelidik) Alam disampaikan oleh seorang sahabat yang menyentuh jiwa dengan ayat-ayat Al quran yang menterjemahkan alam raya ciptaan Allah. 

Taddabur Alam

Sesi muhasabah
Diantara aktiviti yang aku minati adalah aktiviti tadabbur alam kerana aktiviti ini dapat mengingatkan aku tentang kebesaran dan kekuasaan, dan dapat juga aku mengetahui bahawa diri ini yang kerdil tidak akan mampu menandingi kehebatan pencipta yang maha indah dan maha kaya. Aktiviti ini juga dapat memberi kesedaran kepada kita semua bahawa Allah menciptakan alam raya yang sungguh indah untuk kita melihat dan memahami betapa besarnya kekuasaan Allah dari sini kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Allah berfirman dalam surah Al Hajj ayat yang ke 101:

Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. 

sesi termenung
"Apa yang hendak demenungkan lagi tu.. jom pegi ambil gambar? soalku"
"tak tahu plak ada sesi termenung dalam jadual yang kita buat..?tambahku lagi"

kalu backgound grafiti baru sesuai bro..
Pasar Berinchang

Apabila tiba di sini semestinya kita akan terbayangkan strawberry yang cantik sedap dimakan. Tambahan apabila ianya disaluti dengan hot choclate. Tapi, berbeza dengan aku kerana kurang berminat untuk  makan strawberry sekadar dibawa pulang sebagai buah tangan untuk kawan serumah, jadi saya memilih jagung bakar yang sesuai dengan keadaan disana dapat menghangatkan badan yang dah semakin membeku.

sedapnyer!!
Jagung yang sedap ini berharga RM4 selepas dibakar atau direbus, ada yang mengatakan jagung ni sedap dimakan begitu sahaja tanpa dimasak. Cubalah?

"banyak betul barang yang nak di beli pantang tengok pasar"
"yelah, orang janji kumpul pukul 5.45pm,skarn ni diorang tak muncul-muncul lagi"

Terjalinnya ukhwah

Dalam perjalanan kami lebih mengenali antara satu sama lain melaui perasaan, percakapan dan juga perbuatan, kita dapat mengenali seseorang itu dengan lebih apabila kita makan bersama, tidur bersama, dan Bermusaffir Bersama. 



“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, 

kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya

 menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”


wallahualam
pelangigarden

Wednesday, March 30, 2011

AIR TERJUN SUNGAI IKAN CHILING

Assalamualaikum..

Perjalanan yang panjang merempuh hutan belantara di Chiling terubat setelah menjumpai air terjun disana yang cukup indah sehingga aku dapat merasakan deruman air yang kuat dari bawah-kelihatan semua tidak sabar untuk tiba disana. Kicauan  burung menghangatkan lagi keadaan suram dalam perjalanan menuju destinasi.



Cuti hujung minggu
Waktu cuti diluangkan bersama rakan-rakan yang praktikal di Shah Alam untuk merapatkan silaturahim kerana setelah beberapa bulan tiada berita kedengaran dari mereka. Setibanya di Shah Alam aku diajak untuk bermain futsal bersama sehingga pukul 3 pagi.

"huh, first time ni aku tidur lambat semenjak intern".mai.(complain)
"rileks r mai, x remaja r mu ni"
Jadi, aku mengambil keputusan untuk tidur selepas subuh untuk mengelakkan subuh menjadi Gajah/dinosour.

Perjalanan ke destinasi
Kami mengambil masa dua jam dari Shah Alam dan memakan masa satu jam untuk sampai ketempat tersebut, pendakian yang cukup mencabar sehingga salah seorang dari rakan kami terjatuh hampir tersusuk dengan tunggul kayu ke badannya. Alhamdullilah kerana kami dapat meneruskan perjalanan di hingga ke puncak.

Bekalan makanan terpaksa dibeli dari pekan Kuala Kubu Baru(KKB) yang berdekatan kerana hutan tersebut dijaga supaya tidak tercemar dengan BBQ dan sebagainya.

Tiba ke Destinasi

air terjun yang sangat indah

Apabila tiba ke destinasi masing-masing sudah lupa akan barang-barang yang dibawa hanya tinggal disitu di suatu sudut terus meluncur ke arah air terjun. Sebelum mandi sedikit kekacauan berlaku kerana memilih waktu untuk makan.

"jom makan lu wei..?"
"mandi dulu la baru best makan time lapar".balas yng lain
Akhirnya mengalah dan kami makan selepas mandi.
free style


Anak itik pulang petang
Akhirnya kami dapat merasa air yang sejuk sehigga tepaksa membuat aksi-aksi untuk menghilangkan kesejukan.
katak pisang

??

menari sambil terjun

??
Selepas itu kami pulang dengan hati yang tidak tenang pada mulanya kerana cuaca yang tidak mengizinkan kami untuk terus berada disitu walaupun kami berat untuk pulang kerana masa yang diambil untuk sampai kesana lebih lama daripada berada disana.
budak kelantan

Melihat daripada keindahan yang ada disana dapat kami dapat mentadabbur Alam yang indah semua daripada Allah s.w.t semuanya. Ciptaannya yang sentiasa berzikir kepadaNya terasa kekurangan pada diri ini yang kurang mengingati Allah dalam banyak keadaan yang melalaikan...

BERJALAN, BERMUSAFIRlah, MELIHAT KEBESARAN TUHAN YANG DICIPTAKAN UNTUK MEREKA YANG BERFIKIR
(MIRWANA-HIKMAH KEMBARA)
wallahualam
pelangigarden

Monday, January 3, 2011

KEPAHITAN TAHUN 2010

Assalamualaikum..




Dalam saat-saat menunggu tahun 2011, aku berfikir tentang pengalaman yang dilalui pada tahun 2010. Lantas aku berfikir semakin mendalam tentang umurku yang semakin hari semakin bertambah, lanjutan daripada itu aku teruskan lagi menghyutkaan diriku dalam kenangan yang dilalui dalam tahun 2010.

harap semua sihat ye..

InsyaAllah marilah kita sama-sama mengenangkan kembali masa yang kita lalui pada tahun lepas yang mungkin membawa banyak kesimpulan yang boleh kita buat dan kita analisis dengan bijaksana.

Saya tahu ramai diantara kita mengalami pengalaman yang berbeza yang mungkin ianya suatu kenangan yang manis dan mungkin kenangan itu tidak seberapa manis.

Maka, terpulang kepada diri kita sama ada ingin mengalisis pengalaman tersebut dari sudut yang baik(positif) ataupun dari sudut yang tidak baik(negatif).

****

Kepahitan tahun 2010 mengambarkan satu kisah pahit ketika tahun 2010 yang dialami oleh seorang pemuda (Dun) yang rendah diri dan merupakan anak kedua dari beberapa orang adik beradik. Dun adalah lepasan mahasiswa UITM di Malaysia. Keadaan kesihatan Dun yang tidak beberapa baik kerana mengalami sakit dalaman yang menyebabkan selalu batuk dan cepat penat. 

Setelah habis belajar di IPT tersebut beliau ingin menyambung pembelajaran ke peringkat Ijazah di universiti itu, malangnya kelulusan "pointer" beliau tidak begitu memuaskan. Namun dengan kelulusan tersebut beliau masih lagi layak untuk menyambung pembelajarannya.
Perasan gembira dalam hati Dun kerana beliau mendapat tahu bahawa beliau masih lagi mampu untuk menyambung pembelajarannya terpaksa dibatalkan kerana urusan kewangannya dan keluarganya yang tidak mampu untuk menanggung pembelajarannya selama 3 tahun.

Jadi Dun terpaksa membatalkan hajatnya unutk menyambung pembelajaran dan hanya memohon kerja di Seven Eleven yang berhampiran dengan rumahnya.

"Hmm, Macamana Dun kerja dekat Seven E? ok ke?" tanya Zal.

"Ok je, tak ada masalah pun" menyimpan perasaanya."

"Aku kesian tengok ko ni dari malam keje sampai pagi" ko tu dah la tak sihat". Zal membalas.

"Aku sihat lagi ni, ko tengok aku masih boleh berjalan. nak berlari pun boleh".Dun menyimpan perasaanya terhadap kawan-kawanya kerana tidak mahu melihat kewannya risau terhadap kesihatan dirinya.

Dun  teruskan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk membayar hutangnya dengan kawan-kawan satu universitinya yang banyak kerana perbelanjaannnya begitu tinggi di Universiti.

Setelah dua bulan bekerja Dun mengalami sakit yang agak teruk dan dimasukkan kedalam hospital. Kawan-kawannya menziarahinya di Hospital. Kawan-kawannya memaksa beliau untuk mencritakan masalah yang dihadapinya. Akhinya beliau dengan rasa bersalah menceritakan masalahnya yang memerlukan duit untuk membayar hutang kawan-kawannya di universiti. kerana beliau menggunakan duit tersebut untuk membayar kos ubatan dan kos hidupnya semasa di universiti.

Akhirnya kawan-kawannya saling mengeluarkan duit sekadar yang mampu untuk menolong Dun dan kawan Dun juga tidak putus-putus untuk meolong Dun untuk mendapatkan kerja.

Setelah beberapa bulan Dun  berjaya mendapatkan kerja di Selangor.

****

Begitulah kisah hidup seorang pemuda(Dun) yang mungkin kita rasa pengalaman sukar hidupnya itu dapat kita sedari bahawa kehidupan kita yang senang dan mewah.

Jadi, kesempatan yang ada ini marilah kita sedari pengalaman yang pahit untuk ditelan itu merupakan ujian daripada pencipta kepada hambanya. Bukan sahaja pengalaman pahit, bahkan pengalaman manis juga merupaka ujian dari Allah.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia yang bijak pandai haruslah tahu bagaimana untuk muhasabah atas segala yang Allah berikan kepada kita dengan berlandaskan syariatnya.


"Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui(QS Az Zumar 39 :49)."

wallahualam

pelangigarden

Sunday, December 26, 2010

MALAM YANG SUNYI

Assalamualaikum..

Apa kabar semua? saya harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan diredhai Allah selalu. kesibukkan waktu dengan praktikal dan ditambah lagi dengan kemalasan tahap 96.67 peratus yang menghambat diri ini untuk menulis blog yang sudah usang dengan templete yang lama.Tunggu je masa untuk bertukar imej nanti..hahaha.:"P
  
Keheningan malam membuatku terasa suram disebabkan berada keseorangan dirumah yang agak besar. Kawan-kawan yang lain telah pulang ke kampung halaman masing-masing meninggalkan aku keseorangan disini.

walaupun waktu telah lewat malam hampir subuh dah pun, terdetik hati ini untuk berkongsi sedikit berkaitan praktikal yang berlalu selama 3 minggu. Sememangnya seorang pelajar universiti harus melakukan pratikal selama beberapa bulan untuk melatih pelajar supaya dapat melihat dunia sebenar apa yang telah dipelajarinya selama 2 tahun atau tiga tahun sebelumnya.

Aku amat bersemangat untuk pergi ke tempat praktikal yang berada  agak jauh dari tempat tinggal sewaku di Cemur mengambil masa selama 20-25 minit untuk tiba disana. Hari pertama yang amat mengecewakanku kerana aku telah tersesat agak jauh dari tempat itu. Setelah bertanya kepada penduduk yang berdekatan akhirnya dapat bertemu tempat yang dicari "malu bertanya sesat jalan".

"Assalamualaikum pakcik. boleh tanya sikit?" menunjukkan muka berseri.
"waalaikumussalam.. ye adik, boleh2"..keliru.
"pakcik tahu tak kat mana ******* ni?"
"hang da tersesat jauh da ni" hang pusing balik"

***
 Setelah penat lelah mengharungi onak dan duri perjalanan akhirnya aku tiba ditempat yang dituju. setibanya .disana aku bergegas ke lobby kerana jam ditanganku menunjukkan pukul 8.10 minit pagi menunjukkan aku telah terlambat 10 minit.

hatiku lega kerana pihak human resourse(HR) belum lagi memanggil peserta yang bakal praktikal ditempat itu.
selesai semuanya.
 
minggu pertama amat mengembirakanku kerana tiada kerja yang diberikan hanya meletakkanku bersama seorang engineer yang bebadan besar(taugh), juara bina badan di ipoh tahun lepas dan berhajat untuk menyertai lagi pada tahun ini.

Pada minggu kedua aku telah dibebankan dengan kerja yang banyak sehingga otakku bergerak pantas mengejar masa untuk menyiapakan tugasan yang diberikan oleh engineer tersebut. setiap hari aku harus masuk kedalam "production line" untuk menjaga "maintainance machine" dan banyak lagi tugasan-tugasan lain.
dapat juga aku bersembang dengan makcik indonesia disana.
"kabare" betul ke?

Minggu ketiga aku ditamabah lagi dengan tugasan harian dan mingguan yang memerlukan masa yang banyak untuk menyiapkan kerja tersebut.

Ramai kawa-kawanku yang dapat praktikal di tempat yang best sepert Scomi, Toyota dan sebagainya. Jadi, inilah peluang untuk mereka mengumpulkan ilmu sebanyak mungkin untuk digunakan pada masa hadapan.


Begitulah 3 minggu yang aku lalui di tempat praktikalku. Tapi, apa yang seronok"best" adalah aku tak perlu berfikir tentang belajar lagi dan tidak dibebani dengan assigment quiz dan test lagi, waktu malam digunakan untuk berehat kerana seharian kerja. Aku harap sesiapa yang tengah praktikal jika ada banyak tugas dan bebanan harap dapat tabah dan bersabar.

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu."(QS 47:31)
wallahualam
pelangigarden

Friday, November 19, 2010

TAK BERAYA TAHUN NI??

Assalamualaikum..

Terbaca tulisan Ustaz Abdullah Zaik ( Pengerusi Aman Palestin ) menyatakan bahawa sumbangan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia untuk majlis Hari Raya Korban di Palestin mencapai USD 130,000 telah disalurkan untuk 12 ribu fakir miskin disana. Sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia untuk Palestin sedikit sebanyak dapat membantu saudara kita kita yang memerlukan disana.

Tahniah buat Aman Palestin



Dikesempatan ini mai ingin mengucapkan  

"selamat hari raya aidiladha mohon maaf zahir dan batin"



Hari raya aidiladha tahun 2010 sungguh menydihkan buatku kerana terpaksa beraya di UTP memandangkan minggu peperiksaan yang sedang berlansung. Takbir raya yang berkumadang di pagi raya terasa sedih mengingatkan Ibu dan Kg halaman terdetik juga membayangkan suasana di Palestin bagaimana keadaan sambutan mereka. Akan tetapi perasaan terubat apabila melihat ramai sahabat lain yang turut sama tidak beraya di rumah dan beraya di UTP.

"wei? sedih la tak dapat balik kg ni.. adik aku pun tak balik juga ni".. kesian kt mak aku, mesti sedih kitorang tak balik.."

"ala.. mai, apa nk sedih-sedih kawan-kawan ko yang lain pun ramai je yang beraya kat sana juga" jelas Kuyim.
 lagipun mak ko tu sporting giler takda nak sedih-sedih, aku kenal sangat ngan mak ko tu..ko tu je yang emo semacam.. macam budak-budak." meredakan suasana.

"yela-yela aku bukan emo tapi biasa la kan terasa gak sedih tak dapat balik."

"nanti ko cuti sem yang sekejap tak sampai seminggu tu(perli) kita pegi la keluar makan ganti hari yang ko tak dapat raya ni.. lagipun aku belum habis cuti lagi" kuyim memujuk.

"thanks bro, ko la sahabat aku dari kecik sampai besar"huhu.

Hari raya pertama, kami bersolat di masjid UTP dan selepas itu kami pergi ziarah ke rumah sahabat yang terdekat.


masih bergaya walaupun tidak dapat balik raya
tema raya tahun ini..(warna biru gelap)

pada malam itu,  kami dapat meziarahi rumah nenek saudara seorang sahabat di Gegelung Pepuyu Bota. bayak juadah yang disediakan untuk kami walaupun kedatangan kami pada waktu maghrib seperti bulan puasa pula rasanya. Suasana dikampung itu dapat mengubat rindu untuk balik ke kampung.
  
mohon sejuta kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki,moga tautan ukhwah kita semua terus kekal sampai ke syurga.
 
wallahualam.

pelangigarden

Thursday, October 7, 2010

SEJARAH HITAM MALAM RAYA

Assalamualaikum..

Sambungan daripada cerita raya yang baru-baru ini.. memandangkan  syawal hampir habis, mai terpaksa menyiakan post hari raya ini dengan secepat mungkin (nanti lambat-lambat sangat feel raya tu dah hilang) walaupun pada masa sekarang mai sibuk dengan ETP(engineering team project), akan tetapi Allah memberi sedikit masa untuk mai menyiapkannya secepat mungkin..(intro)



Tajuk sejarah hitam malam raya di syorkan roomate supaya tajuk menjadi hangat. memang ada sedikit sejarah hitam disebabkan banyak lemang yang dimasak untuk dihidangkan pada hari raya dibaham api. menjadi pengajaran bagiku supaya sentiasa bersabar ketika memasak lemang, bukan sahaja untuk memasak  lemang malah aku harus bersabar dalam apa jua keaadaan supaya tidak menjadi seorang yang tergopoh-gapah. seperti yang Firman Allah dalam Al Quran:

"Dan sesungguhnya akan Kamu berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan inna lillahi wainna ilaihi raji'uun.Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" (QS 2:155-157)

lemang sudah hangus, hanya yang tinggal, kuih raya, ketupat dan makanan-makanan yang lain...

Allahhuakhbar!
Allahuakahbar!

Terdengar takbir raya membangkitkan ghairah untuk bersolat dimasjid bersama adik-adik dan seterusnya 
aku dan keluarga akan menziarahi kubur Ayah, Atok dan Nenek. Salalunya pada hari raya pertama aku akan menziarahi sanak saudara berdekatan kerana parents berasal daripada daerah yang sama. Jadi hari ini aku meluangkan masa untuk keluarga-keluarga terdekat bukan menharapkan duit raya (memang da tak layak nak dapat duit raya haha)

beraya sakan..

Semua kawan aku sudah tahu bahawa hari raya kedua aku akan sibuk beraya dirumah kawan-kawan. (bak kataku "harap korang datang rumah aku, tak beraya la aku tunggu korang datang"). Sama juga sepeti hari raya berikutnya.

huh... penat beraya tahun ni..

Kusangkakan hari raya berakhir dirumah, tetapi sangkaan aku tidak mengena kerana hari rayaku tahun ini bersambung di UTP. Jadual untuk jamuan hari raya di UTP telah disusun dengan sebaik mungkin (gurau je).
Sambutan hari raya bersambung kembali dengan jamuan raya (open house) oleh ISMA cawangan perak. di pejabat ISMA Perak. Sungguh meriah dengan alunan nasyid oleh NAZIM.

merdunya suara mereka!!
warna baju sama dengan warna kereta
Beberapa hari selepas itu, my roomate dan aku bercadang untuk membuat jamuan raya(open room) dan akhirnya berjaya dilaksanakan dengan kehadiran Ikhwah-ikhwah tercinta.

malam-malam pakai cermin mata(pelik betul)

Begitulah sambutan hari rayaku tahun ini mudahan bermanfaat untuk diriku dan sahabat-sahabat mudahan:

Ukwah yang terjalin antara kita seperti seutas tasbih,

ada awal dan tiada penghujung, diciptakan untuk 

mengingatinya, dibahagi untuk cintanya, diratib demi redhanya..

wallahualam..

pelangigarden

Tuesday, October 5, 2010

HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualikum..

"BOOM"..
"BOOM"..
 Perit telinga  mendengar dentuman mercun yang selalu dimainkan oleh penduduk kampung, bukan budak-budak sahaja, malah ibu bapa dan pakcik-pakcik sibuk untuk mencucuh sumbu mercun dengan putung rokok yang sedang dihisap.
"Alangkah seronoknya kalau aku dapat main mercun bersama keluarga"



pada malam tersebut aku tidak dapat bermain mercun kerana adik aku menjual semua mercun kepada kawan-kawanya yang ketika datang pada waktu magrib. Dengan muka yang begitu teruja terus mengambil semua mercun ditangan adikku. Argh!!


kita tinggalkan dulu mercun dan sebagainya.
****

Hari raya pertama

Hari raya pertamaku sama seperti hari raya sebelum ni, tapi yang berbeza adalah hari ini aku dapat berkenalan dengan ramai saudara-saudaraku yang aku sendiri tidak pernah kenal. Inilah saat yang aku rasa sangat gembira sekali walaupun hanya melihat duit raya yang dibahagikan kepada adik-adik yang masih lagi bersekolah. Perkara ini bukan satu masalah bagiku akan tetapi jalinan persaudaraan itu membuat aku gembira sekali. firman Allah:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"(QS 49:13).
Sehari sebelum hari raya aku dikerah bapa saudara untuk menyediakan lemang untuk hari raya. Dalam keadaan yang tidak begitu tenang aku mencuba untuk memasak lemang.

" lama jugak nak menunggu lemang ni masak.. dari pagi sampai petang masih tak masak-masak..

kejenuhan menghantui diriku untuk menunggu lemang masak. Masa yang aku patut habiskan bersama rakan-rakan digunakan untuk memask lemang.

lemang sebelum masak

"kalau beli kan lagi senang tak lah susah-susah nak menunggu lemang ni masak"

akhirnya aku membuat keputusan untuk menambahkan lagi 'heat' memandangkan aku telah belajar heat transfer selama setengah sem di UTP tercinta yang diajar oleh seorang professor yang hebat sehinggakan tidak terjangkau otak aku menerimanya.haha(sorry ye prof). Terasa diri sudah pandai akhirnya aku menambah kayu bakar, api makin menyala dan membakar lemang tersebut. 
"hahaha. macam ni  baru cepat masak."jelas aku.

Apa yang diharapkan tidak  terjadi akhirnya lemang itu hangus di sambar api. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Kehadiran seorang saudaraku membantu aku untuk memadamkan api. Inilah peribahasa yang orang selalu sebutkan"buat-buat pandai".

penat da nak menulis..

bersambung..

pelangigarden

Wednesday, July 7, 2010

orang zaman sekarang


Assalamualaikum..
Bersyukur pada Allah kerana masih lagi memberi kekuatan dan memberi peluang untuk aku menulis di blog ini. I.A sedikit ingin aku kongsikan bersama tentang proses tarbiyah. Ini kerana apa yang aku perhatikan semenjak beberapa  semester di university aku ini daripada ramai kenalan yang begitu rapat pada mulanya akhirnya cenderung untuk memulakan sesuatu yang baru kerana diri sudah merasa bebas berada di university.
Pada  mulanya, ketika aku melangkah masuk di university yang hebatla(perasan) Terdengar seorang kawan yang  baru sampai di university ni berkata.” Dulunya aku di sekolah kena ikut cakap cikgu, cikgu kejutkan subuh, cikgu suruh baca quran, cikgu suruh pergi kelas dan sebagainya semuanya tergantung kepada cikgu”. Tapi seka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...