Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Monday, May 16, 2011

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini teringin aku menulis berkaitan dengan hari guru yang mungkin mengingatkan aku kisah-kisah silam bersama kawan-kawan di Sekolah rendah dan sekolah menengah. Pengalaman mengajarkanku erti kehidupan dan pengalaman dapat membantu aku supaya hidup dengan lebih teliti.

Walaupun aku sudah menjangkau umur dewasa tapi kenangan aku bersama Guru-Guru di sekolah tidak pernah hanyut dari pemikiran. Malah pada hari ini dapat mengingatkan lagi aku betapa besarnya pengorbanan yang Guru sumbangkan untuk pelajar-pelajarnya walaupun tepaksa berpenat lelah dan melalui onak duri untuk mendidik muridmu ini. 

Aku tidak pernah melihat keletihan pada muka guru-guru yang mengajar aku walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak akan dapat apa-apa jika mereka mengajar dengan bersungguh-sungguh. Tapi, kejayaan yang dicapai oleh pelajarnya menghilangkan segala penat dan lelah yang dilalui sepanjang penderitaan dalam mendidik kami. Tapi, jika kami gagal sekalipun tidak akan dapat mematahkan semangat guru untuk mendidik pelajarnya. Begitulah kehebatan anugerah Allah kepada guru. 

Lima tahun telah berlalu selepas aku menamatkan tingkatan lima, mengukir seribu kenangan yang tak mampu aku lupakan. 
Wahai guru, terimalah sedikit nurkilan puisi dari hatiku ini;

Ya Allah,
Aku bersyukur kepadamu,
Aku bersyukur kerana di kurniakan guru yang baik bagiku,
Aku bersyukur kerana mempunyai guru yang menunjukkan teladan yang berguna dalam hidupku.

Guru,
Engkau sabar dalam mendidikku,
Engkau sabar melayani telatah muridmu,
Engkau amanah dalam tanggungjawabmu,
Engkau korbankan sepenuh jiwa dan ragamu.

Wahai guruku,
Hari ini aku memohon ampun darimu,
Diri ini telah banyak menyakitimu,
Hati ini tidak pernah menghiraukan penderitaanmu,
Diri ini tidak mendengar nasihatmu.

Tapi,
Kini aku sedar nasihatmu amat berguna buatku,
Akan ku simpan nasihatmu itu,
Menjadi pedoman dalam hidupku.



wallahualam
pelangigarden

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...