DA HIKMAH, GOPENG PERAK
Assalamualaikum
Menjejakan kaki untuk kali pertama aku dirumah anak yatim Da Hikmah, Perak membuatkan aku terkenang kisah yang berlaku pada aku ketika dahulu kehilangan seorang ayah tersayang, walaupun aku masih lagi kecil. akan tetapi aku sudah mengenal erti kasih sayang dan cinta seorang anak terhadap ibu dan ayah. Dari kecil lagi aku diajar untuk menyayangi kedua ibu bapa kerana mereka yang membesarkan aku sejak dari kecil. Mereka mengekang mata pada waktu malam untuk melihat anaknya tidur dalam keadaan nyenyak. Walhal, mereka tidak mahu melihat anak mereka diganggu walaupun seekor nyamuk. Kasih sayang yang deberikan oleh kedua ibu bapa, ayah dan mak tidak mampu aku balas.
***********
kehadiran aku dan saudara yang lain kerumah anak yatim ini, membuatkan kami berusaha untuk menggunakan sepenuh masa bersama mereka supaya kesunyian dan kesedihan yang hadir dari hati mereka dapat diubati. kejernihan mata adik-adik yang menyambut baik kehadiran kami memberi kekuatan untuk kami supaya dapat meneruskan aktiviti walaupun pada ketika ketiadaan elektrik (blackout).
“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untukmengawaldan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil” (Surah Al-An’am : Ayat 152)
keadaan anak yatim di Da Hikmah |
walaupun dalam keadaan riuh rendah pada mulanya, tapi dapat ditenangkan oleh seorang sahabat dengan membuat tayangan video yang cukup menarik. arg!! penat+lelah melayan karenah mereka rasa mengantuk pun ada.
"Jom tidur semua adik-adik, dekat surau esok dapat sahur bersama" jelas Mai.
"tak nak la bang.. awal lagi ni"..
bukan yang ni sahaja. yang berkeliaran dan berkejaran pun masih ada.
Mata yang agak berat untuk dibuka, jam loceng sudah tiga kali berbunyi untuk mengejutkan aku dari mimpi. Akhirnya berjaya juga aku untuk bagun untuk menutup jam telefon bimbitku. Semua adik- adik masih dibuai mimpi yang indah.
"Dik-dik bangun dik, jom kita pegi sahur?" tiga empat kali masih susah untuk bangkit. seronok sangat tidur ni.
"Saudara, tolong kejutkan adik- adikni, dari tai kejut masih tidak bangun"
Sebelum bersahur dapat kami solat sunat tahajud dan solat taubat bersama.
belajar membaca Al Quran daripada Busyuro(Thai) |
memerlukan kasih sayang dari Abang |
Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya).
walaupun berbeza keluarga tapi masih mampu berkasih sayang |
peace!! |
Keseronokan tergambar pada wajah-wajah adik-adik tersayang ketika berlangsungnya aktiviti- aktiviti menarik. Antara aktiviti yang dirancang oleh Saudara Zubir dan Saudara Hannan adalah baling dan menyambut belon air, dan explore Ramadhan. mudahan kenangan bersama adik-adik disana akan bersemai Abadi dalam kenangan yang indah buat kami semua.
Dalam majlis penutup pengetua mengingatkan kami agar sentiasa datang untuk menjenguk adik-adik supaya mereka tidak kesunyian walaupun bukan dalam bulan Ramadhan malah beliau menyarankan kami agar remaja-remaja harus selalu melakukan perkara yang sebegini rupa. Tambahan pula, beliau mengucapkan terima kasih kepada PEMBINA Cawangan Perak dengan aktivi yang dibuat di Rumah Anak Yatim Da Hikmah.
kita boleh menang(verse thai) p/s: seperti biasa mai ambil gambar je.. pelangigarden |