Assalamualaikum..
Alhamdullah untuk tahun 2011 dapat juga aku menjejakkan kaki di Tanah Tinggi Cameron Highland buat kali ketiga sepanjang hidupku yang dianjurkan oleh PEMBINA UTP, suasana yang agak suram kerana kesejukkan disana menyebabkan kami kurang berkata malah lebihkan pergerakan kesana sini untuk menghilangkan rasa sejuk.
Perjalanan ke Destinasi
Mengambil masa dua jam lebih untuk tiba di cameron highland dari UTP,kereta dipandu perlahan kerana laluan ke sana yang berliku-liku seperti ular dipalu. Kami tiba di surau berdekatan untuk bersolat duha sebelum kami meneruskan aktiviti jalan-jalan sambil menikmati keindahan alam.
Pengarah Program |
Kemudian diteruskan dengan aktiviti taaruf untuk menambahkan lagi pengetahuan terhadap sahabat yang mungkin masih belum mengenali dengan begitu erat. Kami dikehendaki menceritakan perkara yang disukai dan perkara yang tidak disukai kepada semua sahabat secara jujur.
Taman lebah, bizz..
Taman lebah adalah destinasi kedua. Disini kami dapat mellihat banyak sarang-sarang lebah yang dibina khas untuk lebah."dapat tengok sarang berbentuk rumah kecil je, lebahnya tak kelihatan..". Tapi kami berpeluang melihat beberapa lebah gergasi disitu." kalau nak tengok lebah gergasi pergilah kesana". notis: "kat dalam air tu tak ada lebah".
kehebatan merakam video ikan |
Selepas makan tengah hari dan melakukan sedikit video lakonan apabila ditugaskan untuk menyiapkan satu klip video untuk setiap kereta dan kami berganjak ke Taman Bunga yang berdekatan dengan dengan kawasan Tanah Rata disana.
macam kt overseas |
Gambar ini diambil ketika permulaan perjalanan kami setelah makan tengah hari di Tanah Rata. Gambar kenang kenangan kerana semua ada dalam gambar ini, mungkin suatu hari nanti kami dapat mengingatkan kembali kenangan kami di sini. Tempat yang berbeza, suasana yang berbeza dan juga cuaca berbeza InsyAllah dapat memberkas lagi kenangan kami disini.
keceriaan |
Semua begitu ceria dengan keaadaan yang sejuk dan teringat aku ketika zaman sekolah menengah tingkatan satu, aku memang teringin untuk pergi ke kawasan-kawasan yang sejuk di Malaysia ni seperti Genting Highland dan Cameron Highland, akhirnya Alhmdullilah aku dapat menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang aku idamkan semenjak dahulu lagi.
sahabat serumah? |
Aktiviti taddabur( memerhati, menkaji dan menyelidik) Alam disampaikan oleh seorang sahabat yang menyentuh jiwa dengan ayat-ayat Al quran yang menterjemahkan alam raya ciptaan Allah.
Taddabur Alam
Sesi muhasabah |
Diantara aktiviti yang aku minati adalah aktiviti tadabbur alam kerana aktiviti ini dapat mengingatkan aku tentang kebesaran dan kekuasaan, dan dapat juga aku mengetahui bahawa diri ini yang kerdil tidak akan mampu menandingi kehebatan pencipta yang maha indah dan maha kaya. Aktiviti ini juga dapat memberi kesedaran kepada kita semua bahawa Allah menciptakan alam raya yang sungguh indah untuk kita melihat dan memahami betapa besarnya kekuasaan Allah dari sini kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah. Allah berfirman dalam surah Al Hajj ayat yang ke 101:
Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar daripada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.
sesi termenung |
"Apa yang hendak demenungkan lagi tu.. jom pegi ambil gambar? soalku"
"tak tahu plak ada sesi termenung dalam jadual yang kita buat..?tambahku lagi"
kalu backgound grafiti baru sesuai bro.. |
Pasar Berinchang
Apabila tiba di sini semestinya kita akan terbayangkan strawberry yang cantik sedap dimakan. Tambahan apabila ianya disaluti dengan hot choclate. Tapi, berbeza dengan aku kerana kurang berminat untuk makan strawberry sekadar dibawa pulang sebagai buah tangan untuk kawan serumah, jadi saya memilih jagung bakar yang sesuai dengan keadaan disana dapat menghangatkan badan yang dah semakin membeku.
sedapnyer!! |
Jagung yang sedap ini berharga RM4 selepas dibakar atau direbus, ada yang mengatakan jagung ni sedap dimakan begitu sahaja tanpa dimasak. Cubalah?
"banyak betul barang yang nak di beli pantang tengok pasar"
"yelah, orang janji kumpul pukul 5.45pm,skarn ni diorang tak muncul-muncul lagi"
Terjalinnya ukhwah
Dalam perjalanan kami lebih mengenali antara satu sama lain melaui perasaan, percakapan dan juga perbuatan, kita dapat mengenali seseorang itu dengan lebih apabila kita makan bersama, tidur bersama, dan Bermusaffir Bersama.
6 comments:
waa..ada gmbr ana..heheh
waa..x ad gmbr ana..heheh
ye la pak, gambar kita berdua je xda..
salam..
waa.. banyaknye gambar ana..
hehe..
jazakAllah hu khair, akh.. =)
semoga ukhuwah kita terus berkekalan ya akhi...
firdaus- sempena hari lahir.:D
Post a Comment