Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Wednesday, August 11, 2010

SEMINAR IHYA' RAMADHAN

assalamualaikum..

         Alhamdulillah berakhir sudah seminar ehya' ramadhan selama dua hari di Darul Furqan Seri Iskandar, Perak. Program ini bermula hari Jumaat  malam hingga 12.15 petang sabtu, banyak aktiviti menarik yang telah dilaksanakan. Kehadiran akh Koji yang dari jauh bermusafir dari Kuala Lumpur hingga Seri Iskandar menyebabkan kami begitu kagum, walaupun dalam keadaan sibuk dengan perniagaanya, tapi masih mampu untuk meluangkan masa bersama dengan sahabat di Seri Iskandar. Teringat tentang firman Allah dalam Al quran:

" Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.[QS 2:207]

Ustaz Zamri
Pada malam hari jumaat malam kami bermalam di Surau Sidek di Seri Iskandar, selepas sahaja solat tahajud, subuh, kami bergerak kembali ke Darul Furqan kembali untuk mendengar pengisian daripada Tim, mufti Perak Ustaz Zamri, memberi pengisian bertajuk IHYA' RAMADHAN, penyampainya yang begitu menarik memceritakan tentang bagaimana kejayaan individu dan ummat setelah berakhir ramadhan. Dalam pengisiannya, beliau menceritakan bagaimana kejayaan individu itu boleh diacapai, bagaimana pula dengan kejayaan ummat, seperti mana yang kita perhatikan, dunia ini masih lagi di perintah oleh golongan bukan islam, malah golongan yang ingin menghancurkan islam. beliau juga menjelaskan kepada kita supaya mengubah diri dan juga ummat, saling berkasih sayang antara satu sama lain. Sepertimana yang diceritakan untuk menunjukkan bahawa kita berjaya ataupun umat yang berjaya apabila golongan musuh tunduk dengan islam. pengisian yang penuh dengan fakta dan video yang menarik dan memberi impak yang mendalam kepada kami. kehadiran Ustaz Zamri dan Akh Koji memberi kesan yang mendalam buat kami semua.

Darul Furqan, Seri Iskandar
Sambungan dari itu, kami akan menhadiri satu lagi program umum Ihya' ramadhan di Masjid hospital Ipoh, ramai juga yang menghadiri program tersebut temasuk kawan2 dari UTP yang sudi meluangkan masa untuk mencari ilmu agama.walaupun masih dalam keadaan kepenatan akan tetapi ikwah masih mampu mengerakkan kaki untuk mengimarahkan lagi program tersebut.
poster Ihya' Ramadhan

selepas solat magrib, kami mendengar sekali lagi pengisian daripada Tim Mufti Perak, yang bertajuk Ihya' Ramadhan  juga. walaupun kami telah mendengar pengisian tersebut pada waktu paginya. Akan tetapi pengisiannya kali ini agak berbeza.

kami bangun seawal 4.15 pagi untuk solat tahajud, solat taubat bersama, alunan Al-Quran yang dibacakan oleh ikhwah menyusuk ke sanubari.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatnya kepada mereka, bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal, (yaitu) orang-orang yang melaksanakan solat dan yang menginfakkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.(QS Al-Anfal:2-3)
 
gembira sungguh mendapat buku percuma..
p/s: mai jadi  jurugambar je..

 Ayuh!

Bangkitlah wahai saudaraku

Buangkan selimut mimpi,

Ketika fajar mengetuk pintu hari,

Mulakan langkah berani,
 
Membawa watikah amanah janji.


wallahualam..

pelangigarden

2 comments:

Amin Baek said...

hahaha...lawak la gambar zubair yang bawah tu..hehe

alhamdulillah..moga bermanfaat segala pengisian untuk emnghadapi ramadhan..jika berkesempatan..share2 la pengisian tu mai..hehe..

rindu berprogram dengan antum sume..huhu..

5myze said...

InsyAllah kalo di beri peluang..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...