Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Wednesday, March 30, 2011

AIR TERJUN SUNGAI IKAN CHILING

Assalamualaikum..

Perjalanan yang panjang merempuh hutan belantara di Chiling terubat setelah menjumpai air terjun disana yang cukup indah sehingga aku dapat merasakan deruman air yang kuat dari bawah-kelihatan semua tidak sabar untuk tiba disana. Kicauan  burung menghangatkan lagi keadaan suram dalam perjalanan menuju destinasi.



Cuti hujung minggu
Waktu cuti diluangkan bersama rakan-rakan yang praktikal di Shah Alam untuk merapatkan silaturahim kerana setelah beberapa bulan tiada berita kedengaran dari mereka. Setibanya di Shah Alam aku diajak untuk bermain futsal bersama sehingga pukul 3 pagi.

"huh, first time ni aku tidur lambat semenjak intern".mai.(complain)
"rileks r mai, x remaja r mu ni"
Jadi, aku mengambil keputusan untuk tidur selepas subuh untuk mengelakkan subuh menjadi Gajah/dinosour.

Perjalanan ke destinasi
Kami mengambil masa dua jam dari Shah Alam dan memakan masa satu jam untuk sampai ketempat tersebut, pendakian yang cukup mencabar sehingga salah seorang dari rakan kami terjatuh hampir tersusuk dengan tunggul kayu ke badannya. Alhamdullilah kerana kami dapat meneruskan perjalanan di hingga ke puncak.

Bekalan makanan terpaksa dibeli dari pekan Kuala Kubu Baru(KKB) yang berdekatan kerana hutan tersebut dijaga supaya tidak tercemar dengan BBQ dan sebagainya.

Tiba ke Destinasi

air terjun yang sangat indah

Apabila tiba ke destinasi masing-masing sudah lupa akan barang-barang yang dibawa hanya tinggal disitu di suatu sudut terus meluncur ke arah air terjun. Sebelum mandi sedikit kekacauan berlaku kerana memilih waktu untuk makan.

"jom makan lu wei..?"
"mandi dulu la baru best makan time lapar".balas yng lain
Akhirnya mengalah dan kami makan selepas mandi.
free style


Anak itik pulang petang
Akhirnya kami dapat merasa air yang sejuk sehigga tepaksa membuat aksi-aksi untuk menghilangkan kesejukan.
katak pisang

??

menari sambil terjun

??
Selepas itu kami pulang dengan hati yang tidak tenang pada mulanya kerana cuaca yang tidak mengizinkan kami untuk terus berada disitu walaupun kami berat untuk pulang kerana masa yang diambil untuk sampai kesana lebih lama daripada berada disana.
budak kelantan

Melihat daripada keindahan yang ada disana dapat kami dapat mentadabbur Alam yang indah semua daripada Allah s.w.t semuanya. Ciptaannya yang sentiasa berzikir kepadaNya terasa kekurangan pada diri ini yang kurang mengingati Allah dalam banyak keadaan yang melalaikan...

BERJALAN, BERMUSAFIRlah, MELIHAT KEBESARAN TUHAN YANG DICIPTAKAN UNTUK MEREKA YANG BERFIKIR
(MIRWANA-HIKMAH KEMBARA)
wallahualam
pelangigarden

Monday, March 28, 2011

TARBIYAH?


Tarbiyah,
Pada mulanya diriku ini tiada harga,
Dek kerana tidak melihat erti hidup sebenarnya,
Diriku dipanggil; diziarahi bagai sempurna,
Diriku tidak mengerti apakah itu tarbiyah,

Tarbiyah,
Ada kalanya manis, ada kalanya lelah,
Banyak dugaan, pengorbanan  yang digubah,
Walaupun driku tidak bersedia, tetap digagah,
Kerana mula mengerti pengorbanan tarbiyah,

Dakwah,
Diriku mula mengorak langkah,
Kerana dipacu semangat muda keringat dan darah,
Daku mula merasakan imarah,
kerana pengorbanan dituntut serah.

Majulah dakwah dan tarbiyah,
Walau pengorbanan tidak mengenal arah,
Jangan kita mengalah,
Jika kita jatuh,  bangkitlah,
Jika kita goyah, bersamalah,
Kerana dakwah perlu, tanpa mengira tanah..

Nurkilan seorang Ikhwah UTP

Sunday, March 13, 2011

PERGANTUNGAN HARAPAN

Assalamualaikum..

Tanpa kusedari 2 bulan telah berlalu, Alhamdullilah masih diberi kekuatan untuk menaip di laptop yang sudah menunjukkan ciri-ciri 'hang'nya. Maka, dapat juga saya melanjutkan penulisan untuk sahabat-sahabat semua.

InsyaAllah saya menggunakan kesempatan yang ada ini untuk saya berkongsi sedikit tentang perkara yang selalu kita ketahui, akan tetapi, adakah kita mengamalkan perkara tersebut dalam kehidupan seharian kita. Sebagai pelajar universiti atau pelajar sekolah selalu mengingatkan rakan-rakan supaya bertawakkal selepas mengambil ujian atau peperiksaan. Begitu juga dengan orang yang sudah bekerja sering mengingatkan agar selalu bertawakkal selepas penat bekerja. 

Apakah disebalik maksud tawakkal itu sendiri? jadi,  kita mesti faham dan jelas tentang perkara ini agar kita dapat mengamalkannya dengan betul dalam kehidupan seharian kita. Orang di Malaysia apabila pergi ke Mekah dan kemana sahaja sangat suka untuk membeli ayat seribu dinar untuk diletakkan di dinding rumah.


Oleh itu, kita mesti memahami konsep tawakkal yang sebenarnya?. 

Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tawakkal ibarat keyakinan hati kepada Allah yang satu. 

Imam Ahmad menyebut tawakkal adalah amalan hati, bukan dengan perkataan dan bukan dari anggota badan dan bukan melalui pemikiran.

Seterusnya, tawakkal hanyalah milik Allah dan kita tidak boleh menafikan asbab bertawakkal,  kerana sebagai manusia kita mesti berusaha, beramal dan berikhtiar ditambah dengan doa. Allah berfirman dalam Al Quran sekurang-kurangnya 70 kali tentang tawakkal.


Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. [Ali Imran:159]


Apabila kita sudah faham tentang konsep tawakkal kita mesti mengetahui bagaimana jalan untuk menuju tawakkal ini.
1) Mengesakan Allah Taala.
2) Menyakini Allah taala.
3) percayakan Allah Taala
4) percaya dengan Iradah Allah Taala. 
5) percaya dengan qiradah Allah Taala.

Jalan-jalan menuju tawakkal Allah ini menunjukkan kita mesti yakin 100 peratus terhadap Allah. Contohnya, apabila kita berdoa, kita mesti yakin dengan doa kita terhadap Allah. Jika kita ragu-ragu dengan doa kita bagaimana Alla ingin mengabulkan doa kita dan lagi menyedihkan jika kita masih lagi meminta diskaun dengan Allah contohnya.

"Ya Allah berilah aku keputusan semua A dalam peperksaan, jika tidak dapat semua A pun, dapat semua B pun da ok"

"Ya Allah berilah aku kereta ferrari, kalau tidak dapat pun, kalau dapat kereta toyota pun dah ok"

Jadi kita boleh nampak adakah kita betul-betul yakin dengan Allah?

jika kita berdoa bersungguh-sungguh ditambah dengan usaha yang bersungguh-sungguh InsyaAllah, Allah akan tunaikan permintaan kita pada masa ini ataupun ditangguhkan ketika diakhirat sana.


Banyak faedah yang diperoleh apabila kita bertawakkal kepada Allah antaranya:
1) Hati kita akan lebih tenang dan seimbang jika apa jua rintanngan dan mudah untuk menghadapi cabaran menimpa diri     kita.
2) Kita tidak akan tergesa-gesa/tergopoh-gapah dalam tindakan dan dapat membuat keputusan dengan betul.

Mudahan kita dapat beramal dengan konsep tawakal yang betul.


Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya.[Al Furqaan:58]

walllahualam

pelangigarden
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...