Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Sunday, October 3, 2010

PUASA ENAM BULAN SYAWAL

Assalamualaikum..

terlebih dahulu saya ingin memohon maaf diatas kekangan masa menyebabkan blog ini terbengkalai sebentar selama sebulan. Tapi Alhmdulillah Allah masih lagi memberi peluang dan ruang untuk saya menulis sedikit sebanyak  dalam blog ini.


Alhamdullilah kerana kita telah menamatkan puasa sebulan pada bulan ramadhan setelah penat dan lelah menahan diri daripada makan dan minum dan juga menahan diri kita daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa. Kita bejaya dan meraikan kemenangan pada pada "Hari Raya Aidilfitri". Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadha akan datang.  persoalannya:

bagaimana pula dengan intipati pada bulan ramdhan itu? ibadat puasa ini mampu menjadikan seseorang itu bertakwa. jadi kita harapkan bahawa kita mendapat kemenangan itu. Jadi, Allah masih sayang pada kita dengan memberi peluang lagi kepada kita untuk meningkatkan amal ibadah dengan berpuasa enam hari pada bulan syawal bermula pada 2 Syawal. seperti mana sabda nabi;

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.”
 
Peluang yang Allah berikan kepada kita untuk kita memperbaiki puasa puasa kita pada bulan ramadhan dengan berpuasa 6. Masa untuk berpuasa 6 ini masih ada, jika kita  masih tidak mampu untuk berpuasa enam hari, kita puasa setakat yang kita mampu, puasa sahaja 2 hari, 3 hari  dan kita cuba  tingkatkan pada tahun hadapan InsyaAllah dan setiap amalan yang kita buat sentiasa diambil kira oleh Allah. 
 

Jadi, dengan berpuasa ini dapat melahirkan insan yang bertakwa, dan menyanyangi Allah. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.


pelangi garden

4 comments:

Ibnu_ghazali said...

oh, dah habes puasa enam belom?
tinggal berapa hari je lagi ni~

pelangigarden said...

eh.. tanya plak..
da lama da habis~

slave of Almighty said...

Salam mai..

Ini dh 25 Syawal dah.. Agk lambat la post enta.. huhu

(gurau je.. msih pdt dgn peringatan2 ^^)

5myze said...

masih sempat lagi kalo nk puasa enam..
time kritikal ni la kene post pasal pose 6..
sume da lupa da..
peluang ni dapat mengingatkan lagi =_+

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...