Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Wednesday, July 7, 2010

orang zaman sekarang


Assalamualaikum..
Bersyukur pada Allah kerana masih lagi memberi kekuatan dan memberi peluang untuk aku menulis di blog ini. I.A sedikit ingin aku kongsikan bersama tentang proses tarbiyah. Ini kerana apa yang aku perhatikan semenjak beberapa  semester di university aku ini daripada ramai kenalan yang begitu rapat pada mulanya akhirnya cenderung untuk memulakan sesuatu yang baru kerana diri sudah merasa bebas berada di university.
Pada  mulanya, ketika aku melangkah masuk di university yang hebatla(perasan) Terdengar seorang kawan yang  baru sampai di university ni berkata.” Dulunya aku di sekolah kena ikut cakap cikgu, cikgu kejutkan subuh, cikgu suruh baca quran, cikgu suruh pergi kelas dan sebagainya semuanya tergantung kepada cikgu”. Tapi seka
rang hoorey!! aku sudah bebas,  aku boleh buat apa yang aku suka, aku tak perlu dengar kata-kata siapa,  yang aku tahu aku mahu bebas. Aku nak hidup bebas seperti orang lain. selepas ini, tiada siapa yang dapat menghalang aku lagi. Jadi, begitulah apa yang difikirkan oleh mereka sejak sekolah lagi.


teringat aku satu lagi kisah seorang rakan satu bilik ketika aku di tingkatan 3 yang berminat tentang SKIN HEAD, PUNK dan banyak lagi. Seperti biasa apabila sudah minat sudah tentu akan mengikutinya, mereka meragakan pakaian-pakaian  SKIN HEAD, PUNK,  dan sebagainya. Setiap masa mereka akan habiskan masa mereka untuk membaca artikel tentang bila tertubuhnya skin head, atau sejarah- sejarah tentang skin head sehinggakan berkumpul bersama-sama untuk saling menanyakan quiz tentang apa yang telah dibaca. Kata orang veteran makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah asyik memikirkan tentang artikel dan soalan yang akan ditanya oleh kawan-kawan mereka.

                                              mereka nak tiru gaya ni la..             
Kisah seterusnya adalah kisah seorang budak. Seorang budak yang berumur 4 tahun pada tahun 2009 telah dibelikan sebuah PSP oleh ibunya. Memang tidak dinafikan teknologi memang cepat berkembang.  Masa aku darjah 4 masih lagi main guli dengan congkak. PSP  ni kalau nak tahu macam video game yang TEKAN-TEKAN tu!.  Akan tetapi, bukan itu yang aku nak ceritakan dekat sini. Budak mentah ni sudah mengenal ramai artist baru dan artist lama dalam dunia hiburan. Bukan setakat Itu sahaja, malah masih boleh membetulkan kesalahan yang aku buat dalam  jika aku mengisahkan sesuatu yang tidak betul  tentang artist tersebut. Disebabkan  aku terasa tersinggung dengan kelemahan aku terhadap dunia hiburan ini berbanding budak itu, Jadi aku pun terfikir untuk menanyakan sesuatu padanya.
Eh budak ko tahu tak bila nabi kita dilahirkan?
Tiba-tiba budak itu terdiam seketika.
akhirnya, budak itu memberi jawapan untuk menyelamatkan diri.
Entahlah.. belum belajar lagi la..
            hmm..
                                                    ini lah dia PSP yang aku ceritakan

Jadi sekarang semua boleh bayangkan apa yang berlaku disekitarku . kefahaman mereka tentang ilmu agama Islam.  bagaimana pula dengan sekitar kamu, sekitar keluarga kamu, dalam negeri kamu dan lebih-lebih lagi di dalam Negara yang dicintai ini. Tanpa mengulas panjang aku tahu kamu boleh fikirkan sendiri tentang realiti masyarakat dan umat  pada zaman sekarang.
Wallahullam..
Sekadar renungan bersama. Penat sudah menulis. Bersambung..
Pelangigarden

5 comments:

ateh bie said...

salam..teringat zaman2 U/sekolah/asrama yg dah lama ditinggalkan....kuatkan iman ye dik..zaman U plg mencabar..remaja mencari indentiti diri..kdg2 benteng iman amat mudah dirobek terutama bila mana mula terkena virus C..beware!!

Along Tapa said...

Kalo nak dibandingkan dulu dgn skrg mmg byk bezanya..mcm zaman-zaman dulu, anak-anak didedahkan dgn sekolah pondok, orang-orang alim dan sebagainya..dan anak-anak muda yang berjaya jadik imam atau ustaz masa zaman tu mmg dah dianggap cool..kompem org nak amik jadik menantu...

ni jam, kita terlampau didedahkan dgn artis, duit, glemer...sbb tu kebanyakan anak2 jadik cam skang...jadik, kalo ko pernah keluor tv, ada stail cam org kaya(walaupun tak berduit),baju branded sume, org mmg akan amik ko jadik menantu punya...tak caya ko kaji la~~~

Blog nostalgia budak Muor

5myze said...

memang betul pun. setuju sangat.

Amin Baek said...

budak kecik2 da didedahkan dengan ptandingan nyanyian2..masyrakt didedahkan dengan program yg tah apa2..bgitu la hebatnya penangan ghuzwul fikr..hhuhu

Muhammad Azwan Ibrahim said...

tul tul...zaman kecik2 dulu main guli, panjat pokok je....x de la main2 video game ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...