Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Monday, July 5, 2010

tak lari gunung dikejar

TANAH RATA
mengenangkan sudah lebih seminggu meninggalkan riadah disebabkan berada dirumah, aku terasa amat risau untuk mendaki gunung Berincang tambahan lagi gunung Irau yang tinggi tidak dapat dibayangkan kerana aku tidak pernah 'survey' tentang dua gunung ni. mata tekelip-kelip kerana cuaca di tanah rata agak berbeza dengan tempat lain,terasa agak sejuk walaupun tersidai dibawah mentari tetapi panasnya tidak terasa. Namun, ini merupakan cabaran yang besar buatku. Kemunculan kereta ikhwah dari semasa ke semasa menunjukkan rasa gembira didalam mata yang bekilau menunjukkan rasa berpuas hati apabila bertemu dengan ikhwah yang lain. teringat aku kata-kata yang diungkapkan oleh Umar Al khattab yang mengatakan bahawa saat yang paling gembira iaitu saat ketika qiamullai,saat membaca Al Quran, dan saat ketik
a bersama Ikhwah. selepas itu kami bersama-sama mendaki gunung berincang selepas melalui pasar berincang. perjalanan selama beberapa jam amat memaksa diriku untuk sampai ke puncak.


                                                                        *gambar hiasan*
***
PUNCAK BERINCANG

keadaan yang membekukan diriku memaksa untuk berada dihadapan bara api yang dibuat oleh urusetia. selepas seketika kami menyiapkan khemah dan memasak bersama. selepas itu kami, dibenarkan untuk tidur selepas sedikit aktiviti yang menarik. grrr!!! sejuk yang tidak terhingga menyebabkan aku terpaksa memakai empat helai baju bersama sleeping bag.

GUNUNG IRAU

sungguh penat rasanya, tapi apakan daya nilah dinamakan mukhayyam, kalau daurah biasa sememangnya aktiviti biasa sahaja. tapi, bagiku ini merupakan sesuatu yang agak menarik disebabkan sudah lama meninggalkan riadah mudah-mudahan dapat memulakan aktiviti riadah semula apabila berada dirumah..
Gunung irau yang jauhnya 2 kilometer lebih daripada gunung berincang memakan masa dalam 4 jam untuk mendaki gunung tersebut. pemandangan atas gunung berbeza daripada tempat biasa dengan tumbuhan yang renek dan lumut di pokok menyebabkan aku kagum dengan ciptaan tuhan yang begitu indah. Alhamdulilah akhirnya sampai juga kepuncak setelah melalui banyak liku dalam perjalanan.
                                                              
kami solat duha dan zohor dipuncak Gunung Irau yang memberikan aku pengalaman yang amat berharga yang mungkin tidak dapat aku lupakan dan ianya juga memberi penggajaran buatku tentang solat itu mesti dilakukan walau dalam apa jua keadaan.

p/s InsyaAllah jika ada masa akan diupdate lagi..
pelangigarden

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...