Pages

image

Ahlan Wa Sahlan

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.(Yusuf, 12:108)"

Details

Friday, October 29, 2010

Perniagaan Yang Tidak pernah Rugi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur pada Allah, selawat dan salam kepada rasul junjungan besar Rasullulah s.a.w dengan penat lelah dan usaha baginda kita dapat merasa nikmat iman dan dan nikmat islam. Mudah-mudahan selawat dan salam berpanjangan kepada ahlul bait baginda dan umat islam yang masih lagi istiqomah dalam menegakkan agama Allah s.w.t.

“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sering kita terdengar didalam radio, televisyen, surat khabar dan dimana sahaja berkaitan isu Palestin. Kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk palestin tidak dapat dinafikan lagi dengan kecanggihan senjata yang mereka ada dapat mereka berbuat sesuka hati terhadap saudara-mara kita di palestin.

Jadi, apakah tugas kita sebagai saudara seislam dalam membantu mereka.?
adakah hanya dengan melihat dengan mata dan tidak berbuat apa-apa?
bagaimanakah jika perkara ini berlaku kepada anak-anak kita?
tidak bukan?

Akan tetapi. umat islam sekarang sangat mementingkan diri sendiri sehinggakan mereka tidak sedar bahawa rezeki, kemewahan, dan sebagainya adalah milik Allah.

Dan tidak ada suatu binatang melatapun di bumi melainkan Allah lah yang memberi rezeki nya (Qs. Hud : 6)

Bahkan mereka memandang remeh terhadap perkara ini cth:

dialog yang selalu kita dengar;
1)  "ala.. palestin je, buat apa kt negara orang bukan negara kita"
2) "emm.. kalau aku bagi duit ntah kemana duit tu pergi. tak dapat nyer kt orang palestin.
3) "Ramai lagi yang nak membantu mereka tu.. aku bukannya kaya pun nak bagi duit senang-senanng"

seharusnya kita sebagai sedara seislam sentiasa mencintai antara satu dengan yang lain dan selalu saling tolong menolong "taawwun" supaya umat islam di dunia ini bersatu hati.

jadi, saya menyeru agar semua dapat memberi sedikit sumbangan kepada saudara-mara kita di Palestin
untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web ini.



Yang Dipertuan Agung Malaysia  merasmian tabung Palestin


mengharapkan ibadah yang kita lakukan ini diredhai Allah dan dapat membantu saudara-mara kita di palestin.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim) 

wallahualam

pelangigarden

4 comments:

ong ong kedek kedek said...

salam :)
nice entry...

mende2 baik ni manusia selalu berkira, kalo mende2 yg sia2 x berkire plak...

.sYaFiQ. said...

nice one..sape yang nak berinfak gak..walaupun duit syiling..leh datang bilik v4b f3 1..ade tabung palestin..

Taman Rainbow said...

InsyaAllah..Sama2 kita membantu

sud@is said...

infak kejalan akhirat , harta yang kekal, semuga kita dikurniakan hati yang murah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...